Rabu, 5 Jun 2024

Puisi : Polemik Berkanta Si Culas


 

Aku seorang pejalan kaki yang lambat 

Aku juga pejalan kaki bersendiri

Langkahku, sekejap-sekejap terhenti

Apabila bersedia aku teruskan melangkah lagi 

Andai lelah aku berlengah mengumpul kekuatan diri 

Kesendirian yang acapkali disalah erti

Terkadang aku sering bertanya pada diri 

Kenapa begitu kenapa begini

Salahkah aku sendiri?

Lahir sendiri, malah mati nanti pun sendiri 

Bagiku tak salah menjadi diri sendiri

Menikmati hidup sendiri walau terkadang agak sunyi 

Namun lebih baik daripada ramai kemudian rasa tak dihargai

Aku dengan perasaanku sentiasa memanipulasi diri 

Jangankan kamu 

Aku juga tidak mengerti

Siapa diriku sendiri


Puisi : Aku Di Dunia Fantasi







 Kisah aku dengan dunia fantasiku tak akan pernah ada habisnya 

Berimaginasi itu percuma

Kenapa tidak aku teruskan saja?

Biarlah orang nak kata apa

Hanyut di dalam dunia khayalan 

Dunia nyata dipandang tiada


Aku memasang angan

Rumah sederhana di tepi tasik

Sekelilingnya hutan kecil pepohon menghijau

Satu meja kecil dua kerusi tempat aku bersantai menata impi

Gazebo berbangku kayu beserta meja kopi 

Taman bunga penuh berwarna 

Ada lebah juga rerama

Tak cukup dengan itu

Arnab sepasang dua

Kucing seekor dua 

Ini kumau sebagai teman bermanja 

Sambil-sambil menikmati suasana

Punya dapur sederhana tetapi serba ada 

Ya, paling tidak isinya bertahan untuk seminggu dua 

Punya kayuhan roda dua 

Agar setiap petang aku boleh jalan-jalan cuci mata menikmati indahnya alam


Menjelang malam aku punya lilin aromatepi

Ditemani rak penuh buku 

Juga meja kerja tempatku berkarya berhari-hari

Sambil ditempati sebuah katil empuk walau hanya diperbuat daripada ayaman rotan

Klasikkan?

Nyamannya tidurku dipeluk mimpi indah

Apa saja tidak aku khayalkan 

Semuanya!


Bangunku seawal pagi 

Kuakkan daun jendela ukiran kayu jati  

Beburung dengan ciapan merdu

Sesekali ditemani kokokan juga decitan anak ayam

Melangkah aku ke ruang tepi di situ aku akan membakar roti juga membancuh secangkir kopi 

Kuhirup sambil menikmati

Ah! Dinginnya


Semuanya ini aku inginkan

Andai menjadi realiti akulah makhluk paling bahagia di dunia ini 

Bermula dari alam fantasi berhujungnya realiti

Oh! Alangkah indahnya hidup ini

Khamis, 9 Mei 2024

Anekdot : Aku Dan Gelanggang

 




Membesar di dalam sebuah keluarga kecil yang serba kekurangan. Hidupku tidak pernah merasa bagaimana dimanja-manjakan. Bukan dikasari tetapi lebih kepada disuruh berdikari. Jangan pernah salahkan orang tuaku kerana kekerasan itu. Aku bukan disakiti tetapi aku ditempa agar mampu belajar bagaimana bertahan hidup. Aku punya tanggungjawab yang besar tanpa aku sedari. Itulah kenyataan yang perlu aku terima hinggalah ke hari ini.

Zaman kecilku yang dihabisi dengan menyendiri dan menemani orang tuaku ke sana ke mari demi mencari rezeki untuk sesuap nasi. Malamku pula hanya disinari pelita minyak tanah jauh dari kata nak berlilin atau berlampu gasoline. Hidup kami jauh dari kata mewah. Ke sana sini hanya berjalan kaki. Makan pakai kami hanya apa adanya. Baju koyak ditampung sana sini. Nak pakai baju baru jarang sekali. 

Hobi orang susah seperti kami hanya mencari sesuatu yang sesuai dengan jiwa keras kami seperti mana kami bertahan hidup. Keluar masuk hutan, buat kerja kasar, berkuli makan gaji kadang diupah setiap hari kadang ditukar dengan pakaian berguni-guni. Tidak berbaloi jika aku ingat keringat yang kami curahkan dari seawal dinihari hingga ke tenggelam mentari dengan hasil yang diberi setelah bekerja keras sehari-hari. Tapi, itulah...Hidup zaman itu tidak mudah. Semuanya kami lakukan demi bertahan diri dan sesuap nasi.

Ada masa kami memberi tanpa henti tetapi tidak banyak hasil yang kami terima melainkan beras secupak dua. Pikul guni bertingkat-tingkat, balik jalan kaki dengan gaji sehari hanya diberi makan tiga kali sehari dan habis kerja pernah orang tuaku cuma bergaji dengan rokok sekotak dua. Perit. Membawa adik yang masih merah di dalam dukungan kain di belakang membuatkan aku selalu mengelap airmata tanpa suara. Betapa luluhnya hati kecilku ketika itu melihat kerasnya hidup ini menindas kami yang dalam kemiskinan. Memang maruah diri seperti dinjak-injak. Kami tidak ada pilihan. Hanya itu yang kami mampu lakukan. Cemuhan? Rasanya hidup orang di zaman itu hampir semua sama. Jika beruntung pun sangat sedikit. Kami semua simpan rasa malu. Kami cuma tahu bagaimana untuk bertahan dan meneruskan hidup. Soal malu kami ketepikan.

Berpuluh tahun berlalu kenangan itu masih segar diingatanku. Bukan untuk aku sesali atau ratapi di atas ketidak adilan. Tetapi sesuatu yang perlu aku kenang agar aku tahu erti sebuah harga diri setelah aku berjaya menjadi MANUSIA di kemudian hari. Hidup ini seperti berada di dunia persilatan. Kita perlu belajar bersedia, bertahan, membuat strategi kemudian bertarung. Jika salah langkah maknanya kalah. Jika betul percaturan maknanya kita menang. Ya begitulah kehidupan. Sesuatu yang pahit memang manis untuk dikenang. Ia telah banyak mengajar aku tentang dunia dan isinya.

Terima kasih kerasnya kehidupan. Terima kasih kepada pengalaman. Terima kasih kepada Tuhan. Pelajaran yang tidak pernah akan aku lupakan.

Rabu, 8 Mei 2024

Anekdot : Aku Tak Mahu Cinta

 




"Abang dah kata Alin takkan dengar. Kamu jangan paksa dia. Keras kepalanya itu sama saja dengan kamu Temah."

"Abang kalau bercakap boleh tak jangan samakan dengan saya? Kita ni sedang pujuk Alin biar dia terima pinangan Burhan tu. Cubalah sama-sama cari akal untuk lancarkan majlis mereka nanti. Doa saja biar jadi. Tak bolehkah abang?

"Baiklah Temah. Abang pujuklah nanti. Alin tu anak kesayangan abang. Siapa tak kenal Alinda Maizura Binti Yakup yang hatinya sekeras batu di tengah lautan? Semua orang kampung kita ni tahu. Tu hah, keluarga Si Burhan tu pun tahu. Tapi, yalah...dah dia nakkan anak kita nak buat macam mana. Kita terima juga mereka datang rumah. Takkanlah nak halau pula orang datang cara baik, kita sambut baik-baik."

"Tapi abang, Temah tengok Burhan tu penyabar orangnya. Sesuai sangatlah kalau dengan Alin yang kepala batu tu. Nanti kalau dia tak sabar, tak menjadi apa anak kita tu."

"Itulah sebabnya abang katakan pada Temah tadi. Perempuan lagi elok kalau pujuk. Mudahan dia nak juga dengar. Nanti abang pujuklah juga sama-sama. Mudah-mudahan lembut hati budak tu nanti"

"Malu kita kalau Alin masih berdegil. Elok sangat dah keluarga Haji Jufri tu nak bermenantukan anak kita yang keras hati ni. Biar di khutbahnya telinga si Alin tu haa...geram Temah ni abang tau tak? Geram."

"Kita ni hanya mampu mengharap dan berdoa semoga dia terima. Tapi kalau dia berkeras tak nak juga, apa boleh buat."

"Dahlah mak, ayah...Cukuplah tu. Alin dah cakap Alin tak nak. Tak naklah. Muktamad. Jangan paksa Alin"

"Alin...?"

"Nanti kalau Alin dah tua, mak ayah pun dah tak ada juga; Alin boleh diam dekat rumah orang tua. Mak dengan ayah tak perlu risau. Tau la Alin uruskan hari tua Alin. Alin tengok ramai lagi orang dekat luar sana yang tak kahwin boleh saja hidup tenang dan damai. Gembira hidup. Dahlah mak, ayah. Alin tak nak bebankan diri. Sudah ya. Keputusan Alin tetap sama. Alin tak nak terima Burhan tu jadi suami Alin dan tak akan terima sesiapa pun dalam hidup Alin. Alin hanya cintakan abang Meor seorang saja seumur hidup Alin.

"Meor dah lama pergi Alin. Sudah-sudahlah tu. Yang pergi tetap pergi tak kembali. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup Alin."

"Dahlah tu abang, kalau memang itu keputusan dia esok abang beritahu Haji Jufri keputusan Alin. Kita tak boleh paksa kalau tuan empunya badan dah berkata demikian."

"Baiklah Temah. Harap si Burhan tu terimalah keputusan ini dengan berlapang dada.

#TAMAT

Puisi : Tak Terungkapi


 
(Versi Audiolisasi)


(Versi lagu puisi)

Lirik lagu puisi klik di bawah :-

Hitungan titis hujan itu tak terkira

Sama seperti tak terkiranya perasaan ini

Selalu saja seakan jauh untuk dicapai

Selaju deruan angin yang kufikir selaju detak jantung ini

Ternyata TIDAK sama sekali

Bagaimana ya hendak jelaskan?

Agar kamu mengerti

Aku bukan boneka lucu untuk dipeluk

Bukan juga badut untuk diolok-olok seperti orang yang tidak punya perasaan

Atau kamu ingin anggap aku bayang hitam yang sekadar lalu di belakangmu

Setipis itukah aku dimatamu?

Sukar untuk aku jelaskan dengan ayat yang mudah untuk kamu fahami

Selami sahaja isi hatimu yang paling dalam

Di situ nanti, akan ada jawapan.




Anekdot : Melarik Kasih

 




Duduk membisu membuatkan aku terus termangu. Cebisan kertas yang kamu tinggalkan ini membuatkan aku terus meneka-neka kenapa? Ke mana pergimu? Ada apa sebenarnya denganmu? Janganlah menjauh tanpa sebarang kata. Diam itu bukan penyelesai segalanya.

Katamu...

"Maafkan aku, setakat ini saja kisah antara kita. Sudah sampai waktu untuk aku meluruskan apa yang patut. Kamu betul, aku salah. Kamu jujur, aku tidak. Kamu tulus, aku culas. Bergeraklah sendiri setelah ini. Arah kita berbeza. Kita masing-masing punya kompasnya. Selamat tinggal."

Tergamaknya kamu membuat aku begini. Terduduk sepi tanpa tangis. Tergamak kamu meninggalkan nota ini kerana kamu tahu aku kuat menghadapi. Tapi kenapa? Tiada ribut, tiada hujan. Tiada tengkar dan tiada airmata antara kita. Kamu kejam!

Mungkin ada silapku yang kamu tak mahu. Atau mungkin ada silapmu yang tak perlu aku tahu. Aku tak buat kesalahan terhadapmu. Aku juga tidak lakukan apa-apa pun. Tergamaknya kamu!

Fuhhh! Biar aku hembuskan rasa kesal ini di alam luas. Tidak ada makiku, tidak ada marahku. Hanya ada teka-teki yang bermain di kepalaku.

Satu soalan sahaja. Kenapa?

#TAMAT




Anekdot : Berdua Mendua




"Jue, tunggu I bawah pokok hujung tasik nanti ya," Akmal menghantar WhatsApp.

"Okey," Jueleya Izura membalasnya.

Di sisi lain, Akmal dan Jueleya menghantar pesanan yang berlainan kepada orang yang lain juga.

"Qish, Mal akhir sikit tau. Masih ada kerja yang perlu diselesai. Tunggu je sampai Mal datang. Sorry sayang. Love you. Muaahhh".

"Baik, Qish tunggu. Jangan akhir. Nanti papa marah sebab selalu sangat balik lambat. Mal jawablah dekat papa nanti sebab hantar tunang tiap hari lewat".

"Yelah..Mal tau macam mana nak bagitau dia. Bukan suka-suka pun".

"Orite sayang. Love you so much".

"Abang, you tunggu tau...I on the way ni. Jammed sangat! Dua jam lagi sampailah".

"It's ok sayang. Abang tunggu. Mak dan ayah dah tak sabar tunggu menantu kesayangan sampai. Anak-anak pun tak sabar nak jumpa mummy dia orang. Hati-hati drive".

"Jue...sampai bila kita nak macam ni. Sakit sangat sembunyikan hubungan kita. Mal dah bersedia bawa you jumpa mak ayah I. Tapi you asyik cakap belum ada masa. Masa belum sesuailah, apalah..."

"I tau, tapi tolonglah faham keadaan I. Sekarang I tengah busy. Banyak kerja nak kena selesaikan sebelum kita bercuti. Beri I masa setahun dua boleh tak you? Tak sabar sangat ni dah kenapa? Dah jumpa calon yang sesuai dengan you?"

"Bukan macam tu. Dah tiga tahun kita begini. Ke mana lagi arah tuju hubungan kita ini.I serius dengan you. Tapi you macam main-mainkan perasaan I. Kalau macam ni kita mesti beri kata putus hari ini juga."

"Mal! You ingat I main-main? Kalau tak serius dengan you I tak drive jauh-jauh macam ni semata-mata nak jumpa you tiap minggu tau. Baik, you nak sangat kata putus kan...Kita putus!"

"Jue!"

"Bye Mal."

"Hey...Jue...What?"

#TAMAT
 



Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...