PROLOG
Kerinduan yang terbuku ternyata
amat menyakitkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika pernah
merasakan, pasti tahu bagaimana rasanya. Mundar mandir di serambi rumah gelisah
semacam menyebabkan rambut Syahmil kusut kerana selalu diramas walaupun tidak
gatal. Memang pelik kalau orang sedang mabuk asmara.
“Kamu ni kenapa Syah? Mak tengok resah semacam je.”
“Ehemmm…eh mak! Terkejut Syah. Tak ada apa-apalah...”
“Alamak, kenapa aku boleh terkantoi pula.”
“Kamu ni semacam je mak tengok. Betul taka pa-apa? Kamu
sakit? Kalau sakit pergilah ke klinik. Jangan dibiar nanti melarat. Cuba kamu
beritahu mak kalau ada masalah. Mak sedia mendengar.”
“Okey jer mak. Jangan susah hati. Syah sihat dan tak ada
masalah. Cuma penat saja. Banyak sangat kerja yang tak siap lagi di pejabat
tu.”
Sambil menggelengkan kepala Mak
Senah berlalu pergi tanpa sepatah kata. Hati ibu mana yang tak risau kalau
tengok anak bujangnya sebegitu rupa. Entah apalah yang difikirkan oleh Syahmil
sampai begitu sekali keadaannya.
“Mak, Syah keluar dulu ya. Tak perlu tunggu Syah makan
malam. Syah nak jumpa kawan.”
“Yalah, jangan balik lewat sangat. Esok nak kerja. Tak
faham sungguh aku tengok anak bertuah ni. Tadi gelisah semacam, ni nak keluar
pula. Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok?”
BAB 1
“Hei bro, lama dah tunggu?” tegur Syahmil seraya
menepuk bahu Badrul.
“Kalau tak mengejutkan aku begini tak sah ya? Kalau iya pun
berilah salam”. Seakan tak puas hati dengan tindakan Syahmil begitu, Badrul
menarik muka masam.
“Eleh, yela tu. Macamlah baru kenal aku. Kau tu yang
mengelamun jauh sampai tak sedar aku dah tercegat kat tepi ni. Teringat makwe?”
Usik Syahmil.
“Aku ni mana ada makwe. Muka macam tenuk begini adakah
makwe sangkut kat aku?” Bidas Badrul sambil merenung jauh ke hadapan.
“Kau tu memilih sangat. Kita ni bukannya muda lagi. Dah nak
masuk kelab 40 tau. Cari-carilah yang berkenan di hati. Takkanlah nak membujang
sampai ke tua?” Lagi Syahmil mengusik Badrul.
“Amboi mulut. Tak ada insurans langsung. Paku dulang paku
serpih, mengata orang kau yang lebih. Kau dengan aku dua kali lima, sampai
sekarang tak berpunya dah kenapa? Nak kata tak hensem, hrmmm boleh tahan juga
aku tengok. Eh, kalau aku perempuan aku nak kat kau tau tak,” Badrul
memulangkan paku buah keras.
“Oitt aku bukan geng kunyitlah. Jangan nak buang tebiat
pula. Eee geli aku dengar. Cinta aku hanya untuk Syamiza. Tak ada orang
lain boleh ganti tempat dia di hati aku,” luah Syahmil dengan nada mendatar.
Sedikit keluhan kedengaran.
“Syah, aku ni bukanlah nak memandai tapi aku nak ingatkan
kau yang Syamiza tu sekarang ni bini orang tahu tak? Jangan nak mengejar
kepunyaan orang. Bahaya. Jangan jadi perosak kebahagiaan orang. Aku nak
nasihatkan, kau lupakanlah Syamiza tu Syah. Jangan teruskan rasa hati kau tu pada
dia. Kalau setakat rakan sekerja ok aku boleh terima. Tapi kalau kau nak
teruskan cinta terlarang kau tu, tolonglah…tolonglah hentikan. Berlambak lagi
kat luar sana perempuan yang lagi baik, lagi cantik dari Syamiza,” tegur Badrul
pada sahabatnya itu.
“Hubungan kami bukan setahun dua Bad. Kami dah lama kenal.
Lebih dua puluh tahun. Kau ingat aku senang-senangkah nak lupakan dia. Aku tahu
dia dah bersuami tapi itu bukan bermakna hubungan mereka akan kekal ke akhir
hayat. Tak bolehkah aku menaruh harapan agar Syamiza kembali kepadaku?”
bidas Syahmil.
“Kalau aku kata kau buta, kau bodoh, kau marah aku. Tapi
itulah hakikatnya diri kau yang sebenarnya. Kau lupakan saja dia Syah. Kalau
suami dia tahu mati kau Syah. Mati! Eh…tapi takkanlah Syamiza tu masih syok kat
kau kot?” Badrul seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan sahabatnya itu.
“Bad, Syamiza sayang aku. Aku tahu walau dia tak pernah
luahkan rasa sayang dia pada aku. Aku tahu hati dia Bad, aku sayang dia. Aku
yakin kalau kami boleh kembali bersama seperti dulu, kami boleh bahagia malah
aku jamin dia akan berasa lebih bahagia dari kebahagiaan yang dia alami
sekarang. Mana mungkin semudah itu dia lupakan aku Bad, mana mungkin semudah
itu dia lupakan kenangan manis kami bersama selama ini Bad. Aku nak lari ke
mana bawa hati aku ni Bad. Cuba kau beritahu aku. Kami masih bekerja di bawah
satu bumbung, ke sana ke mari sentiasa bersama. Mana mungkin aku dapat
melupakan dia. Eh! Bad, suami dia belum tentu baik Bad. Mereka tak sepadan
langsung kau tahu tak? Syamiza tu Eksekutif tau? Dia? Dia cuma pekerja bawahan
saja. Tak padan langsung. Syamiza tu padan dengan aku. Aku Pegawai Kanan. Hah!
Padankan?” Syahmil dengan angkuh membidas Badrul.
“Hrmmm, terpulanglah Syah, aku cuma mengingatkan saja.
Selebihnya kau fikirlah sendiri. Aku tak nak kau kacau rumah tangga orang
Syah,” jelas Badrul padanya.
“Aku tak dapat lupakan dia. Kami masih menyintai. Aku
pasti! Bagaimana aku nak nafikan perasaan aku kalau hari-hari yang aku lalui
sentiasa ada kelibat dia di hadapanku? Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa,
sebab tu kau kata macam tu,” luah Syahmil.
“Dahlah Syah, aku rasa tak sampai ke penghujungnya masalah
kau ni. Lupakan sajalah. Kau datang jumpa aku sebab nak ajak makan jadi, aku
tak nak berbahas tentang cinta. Sekarang aku nak makan. Rupa-rupanya kau
tadi
Suasana
di Kafeteria Zona ketika itu begitu tenang ditambah lagi dengan alunan muzik
Jazz yang menenangkan perasaan pengunjung. Mereka berdua menyepi seketika
sambil menjamu selera. Memang itu hajat Syahmil mengajak Badrul keluar pada
malam itu kerana dia perlu meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia perlu
meluahkan perasaannya agar dia dapat tidur dengan lena malam ini. Tapi,
sebenarnya dia meluah pada orang yang salah. Meluah pada sahabatnya bukan pada
Syamiza. Jam menunjukkan pukul 11 malam dan mereka beredar ke kereta masing-masing.
BAB 2
“Tahniah, Akhirnya tender kita diterima oleh Ixora
Holding untuk projek pasar raya baru itu. Datuk Kimran berpuas hati dengan apa
yang telah kamu bertiga bentang baru-baru ini.” Datuk Hisham tersenyum lebar
sambil menyerahkan fail projek kepada Badrul.
Badrul, Syahmil dan Syamiza baru
saja hendak menapak ke kerusi masing-masing. Tepukan gemuruh memenuhi ruang
mesyuarat pada pagi itu. Semua mata tertumpu pada mereka bertiga yang baru
masuk serta tak sempat lagi nak duduk. Mereka bertiga bertukar pandangan antara
satu sama lain bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka baru dengar
sebentar tadi. Bagaikan mimpi di siang hari. Namun itulah hakikatnya.
“Syukur Alhamdulillah. Betulkah ni Datuk?” Tanya Badrul
seakan tak percaya dengan apa yang dia baru dengar sebentar tadi.
Datuk
Hisham mengangguk. Itulah sebenarnya tujuan asal dia memanggil semua kakitangan
berkumpul di bilik mesyuarat pada pagi ini. Menyampaikan berita gembira dan itu
merupakan projek besar yang pertama mereka dapat pada tahun ini. Terpancar
cahaya kegembiraan dan kelegaan di wajah ketiga-tiga sahabat tersebut dan
begitu juga dengan kakitangan yang lain.
“Sudah tanggungjawab kami untuk melakukan yang terbaik
untuk perusahaan kita Datuk. Tugas yang Datuk amanahkan akan kami lakukan
sesempurna yang boleh selagi kami terdaya,” jelas Syamiza.
“Bukan mudah nak dapatkan tender tu Datuk. Ramai pesaing
hebat. Agak sukar juga saya nak memberikan keyakinan masa perjumpaan kami
tempoh hari. Macam tak percaya, mereka berikan kepercayaan pada kita kali ini,”
tambah Badrul. Lapang dadanya tatkala semua usul yang dia utarakan diterima
pakai oleh semua pihak.
“Memandangkan kita telah berjaya mendapat kepercayaan dari
Ixora Holding, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa malam minggu nanti saya
bercadang nak buat kenduri kesyukuran di rumah saya. Kerana saya percaya semua
kejayaan yang kita perolehi selama ini adalah rezeki dari Allah. Jangan lupa
datang malam minggu selepas Maghrib,” umum Datuk Hisham kepada semua
pekerjanya.
Bilik mesyuarat Gimara Holdings pagi itu ternyata dipenuhi
aura positif dek berita gembira yang disampaikan oleh Datuk Hisham.
BAB 3
“Waktu ni juga kereta nak buat hal. Tadi masa nak turun
elok saja. Tiba-tiba enjin mati apa kes? Arrghhh!” Gerutu hati kecil Syamiza
sambil menekan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, Hazif.
“Assalammualaikum, abang dekat mana tu? Enjin kereta Sya
matilah abang. Dah cuba
“Waalaikumusalam. Abang
“Sya di jalan menghala ke kawasan perumahan Datuk Hisham ni
bang. Sya takutlah. Abang datang terus ke sini ya. Sya tunggu dalam kereta.
Jangan lama sangat,” bergetar suara Syamiza di hujung talian.
“Erm, yelah. Sayang tunggu situ. Hati-hati,” jawab Hazif di
hujung talian.
Tiba-tiba
dalam keadaan kalut begitu Syamiza melihat ada kereta datang dari arah belakang
dan seraya dia menoleh kereta itu berhenti betul-betul di belakang kereta dia.
Oleh kerana silau terkena cahaya lampu maka tidak jelas siapa empunya kereta.
“Sya, kenapa tercegat tepi jalan ni?” Sapa suara lelaki
sambil menjengah dari tingkap keretanya.
“Macam suara Syahmil…Syah ke tu?” Tanya Syamiza sambil
tangannya diletakkan di atas kening seraya menunduk melawan pancaran lampu
kereta itu.
“Yalah, siapa lagi,” jawab lelaki itu.
“Kalau ya pun, turunkanlah lampu tu. Silaulah,” sedikit
meninggi suara Syamiza.
“Opss
“Sakit mata tau, saya ingatkan penyangak mana tadi. Buat
saya takut je,” omel Syamizal dengan mulutnya sedikit terjuih.
“Marah? Maafkan Syah. Tak sengaja. Kenapa pula berhenti
tepi jalan ni? Ingatkan Sya dah sampai di rumah,” bertalu-talu soalan Syahmil
sambil dia berjalan menghampiri Syamiza.
“Kereta ni buat hal. Enjin tiba-tiba mati. Dahlah malam
macam ni kereta nak buat hal. Kalau siang tak apa juga. Suami Sya pun dalam
perjalanan ke sini,” jelas Syamiza dengan riak wajah yang gelisah.
“Tak mengapalah…kita tunggu sini sama-sama. Saya temankan
Sya sementara menunggu suami Sya sampai,” Syahril cuba menenangkan Syamiza.
Mereka
berbual seraya menunggu Hazif tiba. Perbualan mereka berkisar mengenai projek
pasar raya yang baru diterima tempoh hari. Ada saja intipati tambahan
tentang projek tersebut yang mereka bualkan. Bijak, cekap dan lincah. Itulah
Syamiza yang dapat Syahmil gambarkan. Namun sayang, dia bukan lagi kekasih
hatinya seperti dulu-dulu yang boleh diajak berbicara bahasa hati. Apa yang
tinggal sekarang hanya Syamiza yang bergelar rakan sekerja dan bukan lagi
kekasih hati. Sayang seribu kali sayang dia sudah menjadi milik orang. Sayang
juga kerana Syamiza tidak tahu sedalam mana kasihnya pada dia. Pandangan mata
yang redup milik Syamiza direnung oleh Syahmil walau mata itu bukan
memandangnya.
“Arghh! Begitu pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam
percintaan kita,” getus hati kecil Syahmil sambil memerhatikan Syamiza dalam
kelam. Nasib baik Syamiza tidak perasan dengan pandangan matanya ketika itu.
Setelah agak lama menunggu hampir sejam, akhirnya Hazif
tiba.
BAB 4
“Ermmm…kenapa abang?”
“Abang tanya satu soalan sayang jangan ambil hati ya.”
“Tanyalah.”
“Eshh, abang ni. Tak baik tau berprasangka buruk macam tu
pada dia.”
Syamiza
membidas apa yang disebut oleh suaminya. Sambil mengenggam jemari isterinya,
Hazif mengecup dengan penuh kasih sayang.
“Hati seorang suami tak siapa mengerti. Abang dapat rasakan
dan sebab itu abang tanya sayang. Sayang masih cintakan dia?”
“Apa abang ni? Tanya Sya soalan macam ni. Kalau Sya sayang
dia taklah Sya dengan abang sekarang. Cubalah abang percayakan Sya. Cemburu
abang tu tak bertempat tau tak? Dia dengan Sya sekarang tak lebih dari rakan
sekerja saja abang.”
“Kalau dia masih mengharapkan sayang kembali
bagaimana?”
“Abang, cinta Sya, sayang Sya hanya milik abang seorang.
Itu cerita dulu. Ya dulu kami pernah bercinta tapi Sya pilih abang kerana abang
terbaik buat Sya. Abang jangan pernah ragu pada Sya. Sya cinta abang sepenuh
hati Sya.
“Sayang adalah Eksekutif syarikat. Ada pangkat,
berpelajaran, gaji besar, ada rupa. Abang sekadar orang biasa. Pekerja biasa.
Kita tak sepadan. Mustahil sayang boleh lupakan Syahmil. Dia setaraf dengan
sayang kalau dibandingkan dengan abang yang bukan siapa-siapa. Kita bagaikan
pipit dengan enggang. Sayang tak menyesal kahwin dengan abang?”
“Kenapa abang suka fikir yang bukan-bukan? Abang kenapa
menolak suratan takdir? Kita sudah dijodohkan bersama maka kita terima sajalah.
Wasiat orang yang dah meninggal jangan dibuat main abang. Sya terima abang
kerana Sya hormat keputusan yang arwah ayah buat. Kalau Sya boleh terima abang
sebagai suami kenapa tidak abang? Jangan mempertikaikan ketentuan Allah.”
“Baguslah kalau sayang terima abang seadanya,” jawab Hazif
sambil berlalu ke anjung rumah.
Hanya
pandangan Syamiza menghantar Hazif ke anjung rumah. Dia tahu jauh di sudut hati
Hazif sentiasa risau tentang Syahmil. Suami mana yang tidak risau jika isteri
bekerja satu bumbung dengan bekas kekasih. Kalau dia pun, memang dia akan
berprasangka begitu. Namun, dia tahu batas pergaulan dengan orang di
sekelilingnya. Begitu juga batas pergaulannya dengan Syahmil. Ya dulu mereka
kekasih, tapi sekarang sekadar rakan sekerja sahaja dan tidak lebih dari itu.
Dia tahu syurga di bawah tapak kaki suami walau dia tahu suaminya bukan setaraf
dia seperti apa yang Hazif katakana padanya sebentar tadi.
Memang
pada mulanya sukar untuk Syamiza menerima yang dia harus berkahwin dengan
Hazif. Dia dengan Hazif memang jauh berbeza. Namun kerana hormat dengan wasiat
arwah ayahnya maka dia menerima Hazif sebagai suami. Sebetulnya Hazif adalah
anak saudara ayah. Saudara jauh. Anak yatim piatu. Arwah ayah Syamiza yang
menjaga Hazif setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya. Semasa hayat kedua orang tua mereka telah bersetuju untuk menjodohkan
mereka berdua. Sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah ayah Syamiza
meninggalkan wasiat agar mereka berdua berkahwin kerana beliau yakin Hazif
mampu menjadi pembimbing dan suami yang terbaik buat anaknya. Menerima dan
membuat keputusan untuk berkahwin dengan Hazif bukanlah sesuatu yang mudah buat
dirinya. Kerana pada masa yang sama semua orang tahu bahwa dia dengan Syahmil
sedang hangat bercinta. Dia juga tahu Syahmil tidak dapat menerima berita itu
serta tidak dapat menerima keputusan itu kerana wasiat maka dia terpaksa
terima.
BAB 5
“Syah, tolong hormati Sya sebagai seorang isteri orang dan
sebagai seorang rakan sekerja. Hubungan kita sudah tamat. Sya hormat Syah
sebagai rakan kerja dan Sya harap Syah juga menghormati Sya,” tegas Syamiza
dengan nada yang serius.
“Syah masih cintakan Sya. Masih sayangkan hubungan kita
dulu. Sya ingat Syah boleh terima perkahwinan Sya dengan mamat poyo tu?
“Syah, Hazif suami Sya. Walau dia hanya pekerja biasa tapi
Sya hormat dia sebagai seorang suami. Bukan bermakna dengan kerja dia sebegitu
jadi alasan untuk Sya curang pada dia. Syah jangan ingat Sya mudah
diperkotak-katikan oleh Syah. Cerita kita sudah berakhir. Sudah lama tamat.
Sedarlah Syah. Maafkan Sya kerana tidak mempertahankan cinta kita. Hati Sya
sudah dimiliki oleh orang yang sepatutnya. Jika Syah berterusan begini mendesak
Sya, Sya tidak akan teragak-agak untuk letak jawatan di Gimara Holdings, jika
itu boleh memuaskan hati Syah.” Tegas Syamiza pada Syahmil.
“Tak bolehkah Sya beri peluang? Hanya Sya yang Syah cinta
dari dulu dan untuk selamanya,” agak lembut nada suara Syahmil.
“
Tanpa menoleh lagi Syamiza meninggalkan Syahmil. Tiada lagi
bahasa Syah dan Sya keluar dari bibirnya. Mungkin kerana dia sakit hati dengan
tindakan Syahmil yang tidak menghormati status dia sebagai isteri orang.
Terkebil-kebil Syahmil ditinggalkan begitu saja oleh Syamiza.
“Itulah bodoh sangat! Bodoh! Tak tahu nak sembunyikan
perasaan. Padan dengan muka aku,” tempelak Syahmil dalam hati.
“Asal kau tahu Syamiza, bahawa aku akan sentiasa mencari
peluang agar kau akan menjadi milikku suatu hari nanti. Walau apa cara sekali
pun. Aku nak kau pulangkan hati aku yang telah kau curi dulu Sya. Hati aku yang
kau bawa bersama kini. Aku nak cinta aku kembali. Aku tak akan lepaskan kau.
Kau hak aku Syamiza. Tak apa, nasib kau baik Hazif kerana kau dipilih oleh
Syamiza sebagai suami. Kau ingat kau hebat sangatkah? Setakat kuli aku tak
hairanlah!” Gertak hati kecil Syahmil sambil mengenggam botol air mineral di
tangannya. Kemek botol itu digenggamnya.
Dalam
kereta Syamiza memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Sakit kepala.
Migrain. Mungkin sebab cuaca panas di tapak projek tadi atau pun kerana terlalu
memikirkan tentang Syahmil yang dah macam orang naik hantu mendesak agar dia
menerimanya.
“Gila!”.
Dia tidak berhasrat untuk balik ke
pejabat memandangkan jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6 petang. Maka
dia meneruskan perjalanan ke rumahnya. Lagi pun dia tahu tanggungjawab dia
sebagai isteri. Tugas di rumah perlu dilaksanakan walau pun dia sibuk dengan
kerja. Itu bukan alasan untuk dia bersenang-senang walau dia tahu tugas Hazif
kadang-kadang di luar kawasan.
BAB 6
“Orang kirim atau abang yang bagi?” duga Syamiza sambil
tersenyum memandang suaminya.
Namun
tiada sebarang reaksi di wajah Hazif. Sebaik saja jambangan bunga itu disambut
Syamiza, dia berlalu ke ruang tamu meninggalkan isterinya yang masih
terpinga-pinga.
“Eh…marah? Ker merajuk?” Dia yang bagi kita dia pula yang
nak terasa hati,” omel Syamiza seraya membuka kad yang terselit di
tengah-tengah bunga itu.
Baru dia bercadang hendak menyelak
kad itu, lantas dia terfikir yang setahu dia selama ini tak pernah pun Hazif
berikan bunga pada dia. Jangankan setangkai, sejambak pun tidak. Jangankan
bunga hidup, bunga plastik pun tak pernah.
“Abang ni biar betul. Buang tebiat ker?” desis hati kecil
Syamiza seraya menyelak kad ucapan.
“Tak bolehkah awak berikan saya peluang? Hanya awak yang
saya cinta dari dulu, kini dan selamanya-Syahmil Hakimi”
“Hah! Memang dah gila Syahmil ni,” gerutu Syamiza gelisah
sambil berpaling hendak menjelas perkara sebenar pada suaminya. Namun belum
sempat dia berlalu ke ruang tamu, terlebih dahulu Hazif sudah berada di
belakangnya. Tindakan Hazif begitu mengejutkan Syamiza.
“Berterus terang saja. Apa semuanya ini?” kedengaran jelas
suara Hazif pada isterinya.
“Sya tak tahu dia boleh bertindak sampai ke tahap ini
abang. Sya tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Sya bersumpah,” antara dengan
dan tidak suaranya.
“Kalau tak ada apa-apa kenapa dia boleh kirim bunga? Sayang
jangan sembunyikan sesuatu dari abang. Beritahu perkara sebenar.”
“Abang percayalah pada Sya. Sya tak tahu bagaimana lagi nak
jelaskan.”
“Abang nak keluar sekejap. Jangan tunggu abang makan. Kalau
lapar makan dulu,” akhirnya itu yang keluar dari bibir Hazif.
Seribu satu persoalan muncul
dibenaknya saat ini. Jujurkah Syamiza padanya selama ini. Curangkah Syamiza?
Dayuskah dia sebagai suami membiarkan isterinya dicintai oleh orang lain?
Apakah yang harus dia lakukan? Dia tahu dia tidak standing Syamiza dan tidak
juga setanding Syahmil. Tetapi dia ada hak sebagai suami dan dia
bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik itu semua. Kereta
meluncur laud meninggalkan rumah dan isterinya menuju ke tasik yang selalu
dikunjunginya bersama Syamiza sebelum ini.
BAB 7
“Engkau kenapa ni Sya? Aku dengar macam ada masalah.
Sekejap lagi aku ke sana. Kau tunggu,” jawab Nazuha di hujung talian.
Sebaik sahaja Hazif berlalu, dia
terus menghubung sahabat baiknya Nazuha. Tak ada lagi rasa lapar dirasanya dan
hanya menangis tanpa henti. Dia benar-benar risau. Dia tahu Hazif marah tapi
itu bukan salah dia. Itu semua salah Syahmil. Salah Syahmil yang tidak pernah
jemu mengharap cinta dia walau sudah berkali-kali dia jelaskan. Setengah jam
kemudian Nazuha sudah tercegat di depan pagar rumahnya.
“Kenapa dengan kau ni Sya? Apa
masalahnya sampai kau nangis ni? Gaduh dengan Hazif? Dia pukul kau ker?”
Bertalu-talu soalan Nazuha.
“Aku tak tahu nak cakap apa lagi Zu. Aku sudah jelaskan
pada dia tapi dia tak percaya. Aku nak jelaskan apa lagi Zu? Aku sayangkan dia.
Aku bukan seperti apa yang dia sangkakan,” kata Syamiza sambil teresak-esak.
Nazuha terpandang jambangan bunga
di dalam tong sampah. Dia terasa ada sesuatu yang tak kena dengan jambangan
bunga itu. Lantas dia bangun dan mengambil kad yang ada di tong sampah itu lalu
dibacanya. Dia seakan tidak percaya apabila membaca apa yang ditulis pada kad
itu.
“Oh! Ini penyebabnya ya,” hati kecil Nazuha berbisik.
“Betul kau tak curang pada Hazif?
Hanya angguk kepala itu jawapan Syamiza. Sepatah kata pun
tak kedengaran.
“Kau tak cintakan Syahmil lagikan?”
Dia memandang tepat ke bola mata sahabatnya itu. Gelengan
kepala saja yang menunjukkan jawapan dari Syamiza.
“Eh, hello Syamiza…aku tanya kau jawap dengan suara boleh
tak cik puan intan payung pujaan hati beta?”
Nazuha jadi bengang melihat reaksi Syamiza padanya. Angguk,
geleng. Itu sahaja.
“Ok…Sya jawap. Sya tak ada apa-apa perasaan pada Syamil.
Cinta kami sudah lama berakhir. Tapi dia masih tidak dapat terima hakikat yang
kami sudah tak ada jodoh. Dia sentiasa mendesak Sya untuk terima dia semula Zu.
Sya dah muak dengan sikap dia tahu tak? Dia terus menerus menekan Sya.”
Nazuha mengangguk tanda dia percaya kata-kata sahabatnya
itu.
“Sebagai kawan, aku percayakan kau. Baguslah kau tak curang
pada Hazif. Kesian kat dia Sya. Aku nak ingatkan kau satu perkara saja. Jangan
dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Kau faham maksud aku kan?”
BAB 8
“Kurang ajar kau Syahmil! Nah ambik kau! Kerana kau, aku
mencurigai kejujuran isteri aku. Kau ni manusia jenis apa hah! Cukuplah
Syahmil. Kau lupakan saja Syamiza. Kisah korang berdua sudah berakhir. Jangan
ganggu isteri aku lagi faham tak!”
Dari
jauh Badrul yang kebetulan sedang beriadah di tasik itu melihat pergelutan
antara mereka berdua.
“Hoi! Sudahlah tu! Hentikan. Tak ada faedah nak bertumbuk
macam ni. Selesaikan dengan cara baik,” ujar Badrul sambil meleraikan kedua-dua
mereka.
“Kau kalau betul anak jantan kau lawan aku Syahmil! Kau
lawan aku! Apa yang kau tak puas hati hah sial!”
Lagi Hazif mengacukan penumbuknya ke muka Syahmil. Tanpa
melawan, Syamil membiarkan saja dirinya dibantai oleh Hazif. Dia merelakan
sahaja setiap tumbukan Hazif mengena mukanya. Langsung tidak dielak.
“Sudah Hazif! Sudah! Aku cakap sudah! Stop it!”
Masih Badrul cuba meleraikan mereka.
“Syahmil, aku nak kau minta maaf pada Hazif sekarang. Kau
tahu tak kau dah buat kesalahan paling besar? Kau mesti betulkan keadaan.”
“Aku…aku…maafkan aku Hazif. Aku…aku mengaku aku bersalah.
Aku mengaku aku masih cintakan Syamiza. Aku memang cemburu pada kau Hazif. Aku
sakit hati bila dia pilih kau. Maafkan aku. Aku rasa, dah tiba masanya aku
lepaskan Syamiza untuk kau. Aku tahu aku salah cintakan dia. Aku mengaku aku
sengaja buat kau marahkan Syamiza supaya kau ceraikan dia dan dia akan kembali
menjadi milik hatiku.”
“Kurang ajar!”
Bukk!
Sekali lagi penumbuk singgah di rahang Syahmil. Berdarah bibir Syahmil dek
tumbukan itu. Sakit hati Hazif mendengar pengakuan dari Syahmil. Merah padam
mukanya mendengar pengakuan dari Syahmil.
“Aku akan berhenti menganggu hidup korang berdua. Ya. Aku
akan pergi dari hidup korang. Lagi pun aku dah beri notis perletakan jawatan.
Aku akan berhenti kerja dari Gimara Holdings. Aku tak sanggup lagi
nak bertemu dengan Syamiza tiap hari tanpa cinta dia. Aku harap lepas ini
korang hidup bahagia. Minggu depan aku akan ke Netherlands. Aku dah dapat
tawaran kerja di sana. Aku rasa aku kena mulakan hidup baru aku di sana tanpa
Syamiza. Aku harap di sana aku akan temui cinta sejatiku. Maafkan aku Hazif.
Aku pergi dulu…”
Sebaik
sahaja habis berkata-kata Syahmil terus berlalu meninggalkan Hazif dan Badrul.
“Syah…What? Wait…”
Badrul seakan tak percaya dengan
apa yang dia baru dengar. Namun, Syahmil tidak menoleh pun walau disapa oleh
Badrul. Nekad sungguh lagaknya dia.
BAB 9
Agak
lama juga tangis Syamiza tidak reda, setelah dipujuk dan ditenangkan oleh
Nazuha akhirnya dia tenang kembali. Ketika mereka berbual, kedengaran bunyi
kereta memasuki perkarangan rumah. Syamiza menjengah keluar dan kelihatan Hazif
keluar dari keretanya kemudian masuk ke dalam rumah. Tanpa berlengah lagi,
Syamiza mendapatkan suaminya lantas menghulurkan tangan sambil meminta maaf.
Dikucupnya tangan Hazif seraya dia menjelaskan perkara yang sebenarnya. Hazif
juga sama meminta maaf kerana terlalu mengikut kata hati kerana tidak mahu
mendengar penjelasan dari Syamiza terlebih dahulu.
“Sesungguhnya yang terindah itu hanyalah sementara jika ia
bukan nyata milik kita. Abang percayalah, Sya tidak pernah curangi abang.”
“Terima kasih sayang.”
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan