Melakukan
kerja mencuci dan menyapu di luar rumah lewat petang itu membuatkan aku sangat
letih. Selesai mencuci koridor belakang rumah, aku duduk merehatkan diri
seketika di bangku kayu yang terletak di belakang rumah sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Aku masih ingat lagi ketika itu, umur aku baru
berusia 14 tahun. Ketika itu aku sedang cuti awal penggal persekolahan.
Menjelang Maghrib aku masih juga kekal duduk di situ hanyut dalam kedamaian dengan
ditemani hembusan angin pada senja hari. Tiba-tiba, aku terlihat ada sesuatu
yang pelik di atas papan pemijak antara koridor belakang rumahku yang
menyambungkan stor yang letaknya di hujung rumah. Nak tahu apa yang aku nampak?
Cicak. Seekor cicak yang sangat kurus hingga nampak tulang walaupun hakikatnya
badan cicak itu masih diselaputi kulit dengan mata cicak itu kemerah-merahan. Ada lagi yang pelik tentang cicak itu.
Belakangnya ditusuk sebatang jarum kemudian dililit dengan benang merah! Dengan
usia yang baru menginjak usia remaja ketika itu dan rasa ingin tahu aku
kehairanan. Aku tidak takut malah lebih menjurus kepada perasaan ingin tahu
sahaja tanpa memikirkan apa-apa pun selain daripada apa yang aku lihat. Setelah
beberapa detik aku asyik memandang cicak yang tidak bergerak-gerak itu,
mak memanggil aku dari dalam rumah. Terdengar suaranya bertanya apa yang aku pandang
tu sampai aku dipanggil berkali-kali pun tak menjawab. Aku tersentak mungkin
kerana aku begitu asyik melihat cicak tersebut. Aku pun bagitau mak yang aku
nampak cicak ni pelik ada jarum di belakang dia. Mak pun cepat-cepat datang dan
menghalaunya. Aku masih lagi berfikir bagaimana cicak tu masih boleh hidup
sedangkan badannya dah dicucuk jarum. Nak aku cabut jarum tu tapi aku geli pada
cicak, jadi aku batalkan dan cicak itu berlalu pergi. Memanglah tiada yang
istimewa pun cicak itu dan cerita ini jika ia hanya berkisar tentang haiwan
tersebut. Tetapi ada yang lebih ekstrim lagi apabila abah aku jatuh sakit dalam
keadaan yang tidak wajar ketika itu. Masa abah sakit aku tidak tinggal sama
dengan mereka kerana aku bersekolah dan terpaksa tinggal di rumah makcikku
iaitu adik kepada abah. Balik pun aku jarang jika bukan semasa cuti sekolah.
Hinggakan pada satu hari aku mendapat berita abah sakit. Jiran serta kawan
sekerja abah ramai yang dah datang melawat abah kerana dia ketika itu sakit yang terlantar. Tetapi aku? Masa itu siapalah aku untuk
balik untuk melawat abah kerana wang pun tidak cukup untuk dijadikan tambang
apatah lagi untuk aku berulang-alik dan pada masa yang sama aku sedang
menjalani peperiksaan sekolah. Memanglah aku menangis dan sangat sedih kerana
tidak dapat jumpa abah. Jika aku pulang pun itu akan menyusahkan lagi mak kerana perlu memberikan duit belanja untuk aku balik dan kembali ke sekolah. Jadi aku memutuskan untuk tidak mahu menyusahkan mereka dan berdoa semoga abah aku diberikan kesembuhan. Sudah berhabis duit dan banyak tempat mak bawa abah
berubat. Berapa biayanya aku tidak tahu kerana mereka sehingga kini tidak pernah menceritakannya kepadaku. Ke klinik, ke pakar perubatan tradisional pun sudah. Namun langsung
tidak menunjukkan tanda-tanda sakitnya mahu sembuh. Apa yang aku ingat sakit
abah ketika itu ialah rambut abah gugur dengan banyaknya dan kulit kepalanya
mengelupas serta mengeluarkan cecair seakan-akan nanah. Lagi pelik ialah abah
juga langsung tidak dapat bangun dari tempat tidurnya. Sakit di bahagian badan yang lain pun aku tidak tahu kerana hanya yang nampak hanya kepalanya sahaja dilihat mengelupas dan berkerak. Berapa bulan abah terlantar
sakit begitu aku sudah lupa berapa lama. Hinggalah akhirnya abah pergi berubat dengan
salah seorang pakar perubatan ni barulah sakitnya beransur pulih. Aku ingat
lagi abah mulai sakit setelah kejadian aku melihat cicak yang aku katakan ada
jarum dicucuk pada belakangnya. Mungkin sebulan selepas kejadian itu kalau tak
salah ingat aku. Masih menjadi tanda tanya
sebenarnya adakah kisah cicak dengan sakit abah aku itu ada kaitan? Jika benar
ada hubung kaitnya, kenapa ada orang yang sanggup melakukan hal begitu terhadap
abah aku? Apa salah abah dan siapa orang itu? Sekarang aku sedar dalam keluarga
kami, hanya aku menyedari ada sesuatu yang pelik tentang cicak itu. Mak tidak
berfikir apa-apa pun hingga kini dan beliau cuma anggap kejadian itu
biasa-biasa saja. Bagiku, itu bukan biasa-biasa kerana akhirnya setelah
kejadian tersebut abah jatuh sakit. Hingga kini aku menyesal tak sudah kerana
melepaskan cicak itu pergi. Apakah itu benar-benar cicak adak hanya wujud cicak? Aku tak tahu. Kalau aku tahu ketika itu kejadian yang teruk
sedemikian akan berlaku memang aku tepis rasa geliku pada cicak tersebut. Aku
sanggup cabut jarum dan bunuh terus cicak itu. Ya, walau hakikatnya kalau tahu
kalau dari segi perubatan tradisional atau perubatan kampung kaedahnya bukanlah
semudah apa yang aku bayangkan di dalam akal tak logik ku ini. Aku tahu pasti
ada caranya untuk melakukannya. Bukan
sekadar ini sahaja cerita yang pelik pernah aku alami dan lihat dengan mata
kepalaku sendiri, malah banyak lagi kejadian yang tidak masuk akal. Kenapa aku?
Kenapa selalu aku yang peka dengan hal sebegini? Hingga sekarang aku masih
tidak ada jawapannya…
Apabila rasa menyatu... Jari jemari mulai menari. Maka tercoretlah...Nukilan tanpa suara. Itulah yang dinamakan Lentera Kalbu Shaz. Selamat datang ke dunia imaginasi saya.
Ahad, 12 Julai 2020
Jumaat, 19 Jun 2020
Cerpen : Danau
Kisah ini bukanlah kisah yang panjang. Hanya sekadar cerita
pendek serta lebih kepada berkongsi cerita tentang satu kejadian yang pernah aku alami
hampir 15 tahun yang lalu. Hari dan tahun yang tepat aku sudah lupa. Maaf juga jika apa yang akan aku kongsikan ini nanti, jalan ceritanya agak tunggang langgang. Cerita
yang aku tiba-tiba teringat setelah hasil dari berkongsi kisah-kisah pelik yang
pernah dialami oleh aku dan teman-teman sekerja. Atau mungkin juga kerana aku
sejak akhir-akhir ini agak sensitif kepada hal-hal mistik sebegini.
Setelah mendengar cerita dari teman sekerja, aku teringat kisah yang nak aku
kongsikan di sini. Aku tak nak kongsikan tempatnya di mana kerana aku mahu
menjaga sensitiviti penduduk sekitar dan menghormati privasi mereka.
Kisahnya bermula apabila dalam perjalanan di antara rumah
aku ke tempat kerja melalui jalan kampung serta lalu juga di beberapa danau
kecil sebelum tiba ke kawasan perladangan tempat aku bekerja ketika itu. Bukan
aku yang pertama mengalami pada mulanya. Seingat aku orang yang mula-mula mengalami
adalah seorang rakan kerja aku yang dalam perjalanan balik kerja dari ladang kelapa
sawit tempat kami bekerja ke kampungnya. Setibanya dia di danau yang aku maksudkan ini, tiba-tiba
dia melihat cahaya terang dari tengah danau tersebut. Dia hairan sebab sudah bertahun
dia melalui danau yang terletak di pinggir jalan ini tidak pernah sekali pun dia mengalami
kejadian sepelik itu. Waktu ketika itu hampir tengah malam. Kira-kira pukul 1130 minit
malam dan keadaan danau itu diterangi cahaya seolah-olah dipasang ‘spotlight’.
Meremang juga bulu roma dia almaklumlah hanya dia seorang yang melalui jalan
ini ketika itu dan hanya bermotorsikal. Dia apalagi... Memecutlah tanpa menoleh
ke belakang. Keesokan paginya setelah kami semua kembali bekerja dia pun
menceritakan kejadian ini kepada kami. Jangankan dia yang rasa seram malah aku
atau orang lain pun sama juga rasa seram jika tiba-tiba kena kejadian sebegitu.
Mula-mula dia ingatkan ada orang dah pasang 'spotlight' di celah-celah pokok
sawit yang terletak di pinggir danau itu. Tetapi setelah dia fikir manalah
orang nak letak 'spotlight' dekat situ. Hanya ladang sawit saja pun malah
yang ada pun hanya rumah dan pondok kebun warga tempatan di sana. Namun tidak ada penghuni
kerana tuan rumah dah balik ke rumah mereka yang lagi lain dan hanya dijadikan tempat berehat ketika penat berkebun. Setahu rakanku ini
dan juga kami yang sering berulang-alik melintasi jalan ini, danau yang
diterangi cahaya ini hanya digunakan oleh orang kampung yang punya rumah tepi
jalan ni mandi dan untuk digunakan sebagai keperluan harian seperti mencuci atau
menyiram hasil tanaman dan juga digunakan oleh pekerja ladang untuk mengambil
air untuk menyembur racun rumpai. Malah juga merupakan tempat warga memancing. Apabila
malam menjelang kawasan sekitar danau ini memang gelap! Namun tidak pernah pun
terjadi kejadian aneh sebegini.
Namun kejadian pelik di danau tersebut tidak hanya terjadi
malam itu sahaja malah ia berlarutan hampir 3 bulan! Ya 3 bulan! Aku ingat
benar! Paling menyeramkan apabila kisah pelik itu mulai tular ke daerah lain di
sekitarnya. Maka bermulalah orang yang selama ini tak pernah nak masuk ke jalan
yang sering kami lalui ini mulai masuk. Berpusu-pusu! Semuanya kerana hendak
melihat sendiri kejadian aneh tersebut. Menjelang Maghrib ada saja yang tiba dan
sanggup menanti di pinggir danau semata-mata mahu melihat kejadian aneh itu.
Malah ada yang sanggup seharian menanti di sana sehingga malam. Apa yang mereka
lakukan? Adakah anda faham dan anda tahu kenapa mereka begitu? Ada yang datang
membawa buah limau, membawa benda-benda yang lebih kepada ‘persembahan’ kepada
benda ghaib. Tak perlu aku sebutkan satu persatu. Sudah pasti anda tahu jika
sesuatu yang berbaur benda ghaib apakah ritual yang mereka lalukan. Aku…yang
melalui jalan ini berulang alik setiap hari merasa sangat hairan. Selalunya aku
akan melalui jalan ini sekitar pukul 430 minit pagi untuk pergi ke tempat kerja
aku dan balik kerja kadang-kadang aku kena lalu di sini dalam pukul 1100 ke
1200 tengah malam. Aku takut. Tetapi inilah jalan yang perlu aku lalui setiap
hari. Tawakal sahajalah.
Pengalaman aku sendiri? Jujur aku tidak pernah melihat apa-apa
yang menakutkan ketika lalu di jalan ini. Aku hanya melihat kawasan danau ini
terang seperti disinari cahaya lampu. Hanya satu kejadian aneh yang aku sendiri
lihat pada satu malam semasa aku pulang dari kerja, aku melihat di tengah-tengah
danau itu ada rumpunan lalang yang terapung. Pulau lalang yang terapung di
danau kecil itu benar-benar hidup! Warnanya diterangi cahaya kuning
keemas-emasan yang entah dari mana datang cahaya tersebut. Itu sahaja. Tengok
penampakan aku sama sekali tidak pernah dengan mata kasar aku. Selebihnya aku
hanya berdoa agar aku sentiasa dilindungi oleh Allah swt dijauhi dari
perkara-perkara yang tidak diingini. Alhamdulillah setakat yang aku alami hanya
itu sahaja. Tetapi orang lain yang juga merupakan kawan sama tempat kerja dan
orang-orang yang berani mengambil gambar di sekitar danau itu, jika bernasib
baik mereka akan dapat merakam entiti yang ada di sekitar danau itu selama hampir
3 bulan kawasan tersebut diterangi cahaya. Aku masih ingat lagi pada satu hari
seorang kawan mengambil gambar di danau tersebut kerana dia seperti ingin tahu
apakah benar ada entiti yang dapat tertangkap dek kamera seperti yang
diperkatakan oleh beberapa individu sebelum beliau sendiri yang mengambil
gambar. Ternyata gambar yang dia ambil di antara waktu Maghrib dan Isyak itu
merakamkan banyak sosok di dalam kameranya! Kemudian dia menunjukkan kepada
kami semua. Ada seorang lelaki sedang duduk di atas singgahsana. Berpakaian
warnanya kekuning-kuningan seperti persalinan seorang raja. Bersamping,
bermahkota di kepalanya serta ada keris tersisip di pinggangnya. Ada juga sosok
yang tertangkap di kamera yang bertengkolok, berjubah sambil memegang tasbih.
Ada wanita serta anak-anak kecil. Ada yang lengkap berpakaian. Ada yang
berkemban. Sama seperti manusia juga. Cuma…yang berbeza adalah bentuk wajah dan
sosok tubuh mereka. Ada yang seperti orang kerdil. Ada juga wang bentuk
wajahnya runcing, ada juga yang berbentuk seakan segi empat hexagon. Ada dapat
bayangkan tak bagaimana rupa mereka? Wajah mereka putih bersih, namun bentuk
hidung dan dagu mereka runcing. Apa yang aku sangat terkejut dia menangkap
gambar tersebut di pulau lalang yang aku sendiri lihat beberapa hari sebelum
danau itu menjadi bualan masyarakat sekitar. Aku sedari bahawa pulau lalang itu
sering berubah-ubah kedudukannya. Ya. Memang ia terapung yang menang benar ia
selalu berubah tempat. Gambaran entiti atau sosok yang aku lihat sendiri di
kamera kawanku ini adalah gambar yang di ambil dari pulau lalang itu!
Lama-lama aku mula terfikir kenapa agaknya MEREKA ini begitu berani menampakkan
diri kepada manusia dalam jangka masa yang saya sendiri rasa agak lama iaitu hamper
3 bulan. Aku juga sebenarnya kurang berpuas hati dengan segelintir masyarakat
yang terlalu taksub melakukan ritual untuk memanggil sosok-sosok ghaib ini
untuk kepentingan mereka sendiri. Aku juga berfikir adakah ritual yang mereka
lakukan itu berhasil? Masih menjadi tanda tanya dalam diri aku sehingga kini.
Namun, apa yang aku tangkap daripada senario ini adalah di telingaku sentiasa
terngiang-ngiang kata-kata ini….
”ANDAI MANUSIA
TERLIHAT SECARA TIDAK SENGAJA, KADANG-KADANG KAMI JUGA TIDAK SENGAJA
MEMPERLIHATKAN DIRI. KAMI SAMA SEPERTI MANUSIA TETAP PUNYA KEGIATAN JKEHIDUPAN
DI ALAM KAMI SENDIRI. BAIK SIANG ATAUPUN MALAM DI DUNIA KAMU MANUSIA. KITA
SAMA. NAMUN KAMI TIDAK MENGGANGGU. HANYA MAHU MENUNJUKKAN BAHAWA KAMI ADA.
TETAPI MANUSIA ITU BANYAK MAHUNYA. KEMAHUAN YANG TIDAK MASUK AKAL!”
Dari mula kejadian tersebut hinggalah ke hari aku menulis
kisah ini. Bisikan ini yang tidak pernah berubah walau sudah belasan tahun. Ya.
Benar. Oleh itu sebagai seorang manusia kita dijadikan tinggi darjatnya. Jika
mengkehendakan sesuatu mintalah kepada Yang Maha Esa bukan meminta kepada yang
bukan ahlinya. Itulah mesej yang dapat aku simpulkan dari kisah ini.
Setelah 3 bulan kawasan danau itu diterangi cahaya setelah
selesai bulan habis mengambang atau bulan terang danau itu kembali seperti
sebelumnya. Gelap, sunyi dan airnya tetap bergenang tenang. Tiada lagi cahaya,
tiada lagi pulau lalang yang sentiasa berubah kedudukannya di permukaan danau,
tiada lagi kunjungan masyarakat. Apa yang tinggal setelah kejadian itu, hanya
kami yang orang yang sentiasa melalui jalan dan danau ini tak kira masa siang
atau malam. Hanya orang kampung dan pekerja ladang yang meneruskan hidup dengan
kegiatan harian seperti biasa. Demikianlah kisah benar yang aku sendiri pernah
alami hampir belasan tahun lalu dan kini danau itu masih kekal di situ dan aku
sudah lebih 10 tahun tidak bekerja dan tinggal di kawasan itu. Kejadian itu?
Aku yakin ia tak akan kembali lagi terjadi seperti dulu kerana bisikan yang
terngiang-ngiang di telingaku seakan-akan menceritakan segalanya. Wallahualam. MEREKA
di mana? Apakah masih di sana? Aku tidak tahu. Kita masing-masing di alam kita
sendiri. Mereka boleh saja berada di mana-mana sama seperti kita juga yang
mempunyai tempat dan rumah sendiri. Kalian mahu percaya atau tidak. Itu semua
terpulang. Aku tidak mengajak kalian untuk percaya kerana aku hanya menulis dan
sekadar berkongsi cerita.
TAMAT.
Selasa, 9 Jun 2020
Puisi : Suara Itu
Suara itu
Sentiasa terasa terngiang di telinga
Wajah itu
Mulus halus polos
Sejernih air di pergunungan
Bersih ibarat kertas tanpa coretan
Tenang tanpa sebarang pergolakan
Sekali kutenung
Kurenung sedalam-dalamnya wajahmu
Merintih kalbu menahan rindu
Akan rengekan tangisan manjamu dulu
Ingin sekali lagi
Kukucup bibir mungilmu
Ingin kucium lembut pipimu
Entah bila terpatri
Entah terserlah ajaibnya
Ikatan kasih antara kita
Sungguh aku rindu
Mendakap erat tubuhmu
Agar takkan lagi pergi jauh dariku
Moga bisa lena mengulit mimpi tika beradu
Tenang bagai salju danau rindu
Jumaat, 5 Jun 2020
Puisi : Gurindam Kasih Pelangi
Mana perginya tinta tujuh warna untuk dibalas sepucuk surat pada dia?
Bila angin menari, hatiku pun berlari
Angin bertiup kencang, hati turut tergoncang
Semilir angin basuhlah warna hatinya
Hati, lenakah engkau malam tadi?
Hati, kenapa kau tidak pernah mengerti?
Jendela tetap bersuara kalau angin menyapa
Tintanya daripada pelangi tujuh warna
Kaki lilin tertinggal dalam dulang tembaga
Memahat dalam baris, berkata dalam pusaka
Petik bulan sabit buat lampu malammu
Biarpun angin membisu, awan tetap membiru
Kata diamlah yang paling sular dia telah
Benar! Angin tidak pernah diam
Senyum manis bagai kurma munawwarah
Ketilang nyanyi di pohon cempaka
Lagu hujan sentiasa indah di sisi gemawan putih
Kalau hati ini emmang sebatang pena
Tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
Lalu kenapa tidak saja dikirimkan
Sepucuk surat cinta pada dia?
Dan...bila langit sudah tidak mahu menangis..
Tika tanjung tidak mahu berbunga lagi
Merpati manja di tapak perawan
Sebarkan kidung ini pada awan yang setia
Ceraikan kelopak mawar dalam hirisan pandan
Kerana matahari memang temannya bulan
Tanyalah pada wakut
Di mana matahari bersembunyi
Tatkala anak-anak merpati putih
Berdansa dan berqasidah
Epilog dan waktu terus berlari
Bagai derap seratus kanak-kanak
Dari batas-batas padi cempa
Selasa, 5 Mei 2020
Puisi : Pergi
Dulu
Janji itu yang kuingat sampai mati
Dulu
Janji itu yang kupegang erat
Dulu
Janji itu yang mengidupkanku kembali
Dulu
Janji itu juga yang kutunggu
Seterusnya
Janji itu masihku nanti
Kini
Janji itu masih membayangi
Kini
Janji itu yang menyakiti
Kini
Janji itu hanya tinggal janji
Kesudahannya
Kubiarkan janji itu berlalu pergi
Janji itu yang kuingat sampai mati
Dulu
Janji itu yang kupegang erat
Dulu
Janji itu yang mengidupkanku kembali
Dulu
Janji itu juga yang kutunggu
Seterusnya
Janji itu masihku nanti
Kini
Janji itu masih membayangi
Kini
Janji itu yang menyakiti
Kini
Janji itu hanya tinggal janji
Kesudahannya
Kubiarkan janji itu berlalu pergi
Khamis, 16 April 2020
Puisi : Terhenti Di Situ (Putera Di Hati Ibu)
Ya Allah
Rindunya
hati ini
Saat
kutenung potretmu sayang
Sebaknya
dada ini saat kutenung matamu
Sebening
sendu di kalbuku
Setulus
kasihku padamu
Sehebat
gundah di dadaku
Sayang
Andai
dapat kuputar waktu
Pasti
saja ingin rasaku
Kembali
ke masa dulu
Menghitung
dan mengumpul
Segala
kenangan lalu
Yang
sentiasa mekar di ingatanku
Bintang
Andai
kau suruh aku pilih
Antara
emas dan permata
Pasti
takkan kupilih keduanya
Hanya
kupilih kenangan bersamamu
Memulihkan
segala kedukaan lalu
Layu
Longlai
kali ini
Merentas
pelbagai jalan berliku
Untuk
kuteruskan langkahku
Untuk
terus menghampirimu
Agar
terus berjalan seiring denganku
Namun
Apalah
dayaku
Langkahku
terhenti di situ
Mataku
terpaku di situ
Nafasku
sesak di situ
Rinduku
terbengkalai begitu
Tak
mampu untuk terus menyatu
Mengumpul
kekuatan dan kerinduan hatiku
Kerana
yang pasti
Rinduku
terus membeku
Jumaat, 3 April 2020
Puisi : Sepi Sang Pelangi
Wahai
desa...
Meski
pelangi tak muncul di halaman
Namun
ia kan tetap ada
Menjeling
di sudut kelam
Mencari
ruang dan peluang
Bila
dan di mana ia bakal menyeri
Wahai
desa...
Sungguh
bulan muncul berteman bintang
Siang
muncul berteman malam
Pasang
berteman surut
Maka
desa pun begitu
Hadirnya
berteman hujan panas
Di
kala senja ingin berlabuh
Kala
nurani sang pelangi gundah
Kala
itu desa nan permai
Tetap
bertandang di angan lena
Langgan:
Catatan (Atom)
Puisi :- Beratnya Rindu
Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...
-
PROLOG Kerinduan yang terbuku ternyata amat menyakitkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika pernah merasakan, pasti tahu ...
-
BAHAGIAN PERTAMA : JATUH DAN BANGUN Coretan ini suatu ketika dulu amat sinonim dalam diriku. Ya. Pada suatu saat aku harus mengalah sedangka...
-
Mempercayai sesuatu yang di luar akal logik manusia memang sesuatu yang menyukarkan. Itulah yang aku alami apabila salah satu kejadian...