Melakukan
kerja mencuci dan menyapu di luar rumah lewat petang itu membuatkan aku sangat
letih. Selesai mencuci koridor belakang rumah, aku duduk merehatkan diri
seketika di bangku kayu yang terletak di belakang rumah sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Aku masih ingat lagi ketika itu, umur aku baru
berusia 14 tahun. Ketika itu aku sedang cuti awal penggal persekolahan.
Menjelang Maghrib aku masih juga kekal duduk di situ hanyut dalam kedamaian dengan
ditemani hembusan angin pada senja hari. Tiba-tiba, aku terlihat ada sesuatu
yang pelik di atas papan pemijak antara koridor belakang rumahku yang
menyambungkan stor yang letaknya di hujung rumah. Nak tahu apa yang aku nampak?
Cicak. Seekor cicak yang sangat kurus hingga nampak tulang walaupun hakikatnya
badan cicak itu masih diselaputi kulit dengan mata cicak itu kemerah-merahan. Ada lagi yang pelik tentang cicak itu.
Belakangnya ditusuk sebatang jarum kemudian dililit dengan benang merah! Dengan
usia yang baru menginjak usia remaja ketika itu dan rasa ingin tahu aku
kehairanan. Aku tidak takut malah lebih menjurus kepada perasaan ingin tahu
sahaja tanpa memikirkan apa-apa pun selain daripada apa yang aku lihat. Setelah
beberapa detik aku asyik memandang cicak yang tidak bergerak-gerak itu,
mak memanggil aku dari dalam rumah. Terdengar suaranya bertanya apa yang aku pandang
tu sampai aku dipanggil berkali-kali pun tak menjawab. Aku tersentak mungkin
kerana aku begitu asyik melihat cicak tersebut. Aku pun bagitau mak yang aku
nampak cicak ni pelik ada jarum di belakang dia. Mak pun cepat-cepat datang dan
menghalaunya. Aku masih lagi berfikir bagaimana cicak tu masih boleh hidup
sedangkan badannya dah dicucuk jarum. Nak aku cabut jarum tu tapi aku geli pada
cicak, jadi aku batalkan dan cicak itu berlalu pergi. Memanglah tiada yang
istimewa pun cicak itu dan cerita ini jika ia hanya berkisar tentang haiwan
tersebut. Tetapi ada yang lebih ekstrim lagi apabila abah aku jatuh sakit dalam
keadaan yang tidak wajar ketika itu. Masa abah sakit aku tidak tinggal sama
dengan mereka kerana aku bersekolah dan terpaksa tinggal di rumah makcikku
iaitu adik kepada abah. Balik pun aku jarang jika bukan semasa cuti sekolah.
Hinggakan pada satu hari aku mendapat berita abah sakit. Jiran serta kawan
sekerja abah ramai yang dah datang melawat abah kerana dia ketika itu sakit yang terlantar. Tetapi aku? Masa itu siapalah aku untuk
balik untuk melawat abah kerana wang pun tidak cukup untuk dijadikan tambang
apatah lagi untuk aku berulang-alik dan pada masa yang sama aku sedang
menjalani peperiksaan sekolah. Memanglah aku menangis dan sangat sedih kerana
tidak dapat jumpa abah. Jika aku pulang pun itu akan menyusahkan lagi mak kerana perlu memberikan duit belanja untuk aku balik dan kembali ke sekolah. Jadi aku memutuskan untuk tidak mahu menyusahkan mereka dan berdoa semoga abah aku diberikan kesembuhan. Sudah berhabis duit dan banyak tempat mak bawa abah
berubat. Berapa biayanya aku tidak tahu kerana mereka sehingga kini tidak pernah menceritakannya kepadaku. Ke klinik, ke pakar perubatan tradisional pun sudah. Namun langsung
tidak menunjukkan tanda-tanda sakitnya mahu sembuh. Apa yang aku ingat sakit
abah ketika itu ialah rambut abah gugur dengan banyaknya dan kulit kepalanya
mengelupas serta mengeluarkan cecair seakan-akan nanah. Lagi pelik ialah abah
juga langsung tidak dapat bangun dari tempat tidurnya. Sakit di bahagian badan yang lain pun aku tidak tahu kerana hanya yang nampak hanya kepalanya sahaja dilihat mengelupas dan berkerak. Berapa bulan abah terlantar
sakit begitu aku sudah lupa berapa lama. Hinggalah akhirnya abah pergi berubat dengan
salah seorang pakar perubatan ni barulah sakitnya beransur pulih. Aku ingat
lagi abah mulai sakit setelah kejadian aku melihat cicak yang aku katakan ada
jarum dicucuk pada belakangnya. Mungkin sebulan selepas kejadian itu kalau tak
salah ingat aku. Masih menjadi tanda tanya
sebenarnya adakah kisah cicak dengan sakit abah aku itu ada kaitan? Jika benar
ada hubung kaitnya, kenapa ada orang yang sanggup melakukan hal begitu terhadap
abah aku? Apa salah abah dan siapa orang itu? Sekarang aku sedar dalam keluarga
kami, hanya aku menyedari ada sesuatu yang pelik tentang cicak itu. Mak tidak
berfikir apa-apa pun hingga kini dan beliau cuma anggap kejadian itu
biasa-biasa saja. Bagiku, itu bukan biasa-biasa kerana akhirnya setelah
kejadian tersebut abah jatuh sakit. Hingga kini aku menyesal tak sudah kerana
melepaskan cicak itu pergi. Apakah itu benar-benar cicak adak hanya wujud cicak? Aku tak tahu. Kalau aku tahu ketika itu kejadian yang teruk
sedemikian akan berlaku memang aku tepis rasa geliku pada cicak tersebut. Aku
sanggup cabut jarum dan bunuh terus cicak itu. Ya, walau hakikatnya kalau tahu
kalau dari segi perubatan tradisional atau perubatan kampung kaedahnya bukanlah
semudah apa yang aku bayangkan di dalam akal tak logik ku ini. Aku tahu pasti
ada caranya untuk melakukannya. Bukan
sekadar ini sahaja cerita yang pelik pernah aku alami dan lihat dengan mata
kepalaku sendiri, malah banyak lagi kejadian yang tidak masuk akal. Kenapa aku?
Kenapa selalu aku yang peka dengan hal sebegini? Hingga sekarang aku masih
tidak ada jawapannya…
Apabila rasa menyatu... Jari jemari mulai menari. Maka tercoretlah...Nukilan tanpa suara. Itulah yang dinamakan Lentera Kalbu Shaz. Selamat datang ke dunia imaginasi saya.
Ahad, 12 Julai 2020
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Puisi :- Beratnya Rindu
Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...
-
PROLOG Kerinduan yang terbuku ternyata amat menyakitkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika pernah merasakan, pasti tahu ...
-
BAHAGIAN PERTAMA : JATUH DAN BANGUN Coretan ini suatu ketika dulu amat sinonim dalam diriku. Ya. Pada suatu saat aku harus mengalah sedangka...
-
Mempercayai sesuatu yang di luar akal logik manusia memang sesuatu yang menyukarkan. Itulah yang aku alami apabila salah satu kejadian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan