Isnin, 12 Februari 2024

Puisi : Ada Apa Sebenarnya Denganmu

 


Ada apa dalam dirimu?

Dengan apa kau bergelut?

Dengan siapa kau mahu melabuhkan kepalamu? 

Selalu saja diammu itu menyudutkanmu

Selalu saja diammu menerbitkan soal

Tak siapa tahu kesiagaanmu

Bagaimana kukuhnya cekal hatimu? 

Bagaimana cariknya rasa itu? 

Hanya kamu saja yang tahu

Bagaimana kamu kutip segala rasa itu?

Jangan ditanya...

Isnin, 15 Januari 2024

Puisi : Menukang Buih

 





Teruskanlah aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi...

KOSONGGGGGGGG...

merenung ke lautan luas mungkin itu yang terbaik

yang ku cari hanyalah kedamaian dan ketenangan

Keadaan yang semakin menyebalkan

entah apa-apalah

Kau ingat aku tunggul?


Puisi : Silam

 


Hening mengiringi 

di jendela itu seorang tua bertongkat dagu tenggelam bersama renungan


unggas malam setia menjadi teman

sayup di corong bongkah kecil tersudut bersama jejaring lelabah


hilang dan datang alunannya berselang angin malam

membayang kenangan semalam bebas berteman alam tenang aman tiada muram

Oh! Rindunya.

Puisi : Manusia Robot

 


Carut bikin cuak

marut bikit muak

hingar bikin bingar

desas bikin benak.


Polemik sanggar harapan

endemik payung andalan

sudahnya tuntaskah suri?


Berkali jua mencerna

sesekali maklum

acapkali hasilnya sama.


Kesudahannya

lali jawabnya.


Jumaat, 29 Disember 2023

Puisi : Menerka Waktu



Aku yang kamu kenal

bukan orang yang sama

kini berada di depanmu.


Aku yang kamu kenal

bukan orang yang sama

selama sepuluh sesi lalu.


Aku yang kamu kenal

jauh daripada apa yang kamu rasa

lari daripada apa yang di depan mata.

Khamis, 13 Julai 2023

Anekdot : Mr. Right & Encik Smart

 



Kenangan zaman remaja. Sungguh tak dapat dilupakan. Zaman cinta monyet kata orang. Korang mesti ada crush kan. Seriuslah tak ada? Eloklah tu. Sekolah untuk menimba ilmu bukan nak bazir masa dengan cinta monyet. Dunia remaja ni langsung tak ada sedihnya. Kalau boleh nak yang seronok saja. Orang ada crush, dia pun nak ada crush walau paras rupa tak seberapa, pelajaran pun tak sepandai mana. Antara pelajar cerdik dan tak berapa nak cerdik saja. Masalahnya nak ke si crush tu dekat awak. Hmmm...Fikirlah sendiri. Dunia remaja ni memang dunia gila-gila! Semua benda, semua perkara main redah je. Hal lain belakang kira. Ish ish ishhhh. Mary dan Shiza dua sekawan, satu kelas. Pengawas dan juga pustakawan sekolah. Sah-sahlah mereka berdua budak pandai dan mestilah pelajar yang berdisiplin. Dek kerana nak jaga status pengawas dan pustakawan sekolah tu, punyalah susah nak menunjukkan perangai tergedik-gedik mereka. Alih-alih mereka ni memuja dalam diamlah. Amboi-amboi. Bukan main korang berdua ya. Tak padan dengan jawatan yang dipegang! Paling tak masuk akal mereka berdua ni, punya lah high class punya taste! Ni lagilah tak masuk akal. Haa...nak tau apa dan siapa crush mereka berdua ni? Nak ceritalah ni.

 

Si Mary ni berkenan dengan seorang budak lelaki bernama Jamali yang satu kelas dengan mereka berdua. Budak lelaki ni punyalah control macho kat dalam kelas. Rambutnya bertata rapi. Duduk pula di meja depan walau kadang-kadang perangai serupa monyet. Tampil kemas, sentiasa wangi, aktif bersukan. Kulit putih bersih, tinggi lampai, rambut berombak. Murah senyuman dan boleh tahan juga akademiknya. Semuanya sempurnalah dipendekkan cerita. Tapi yang tak seronoknya dia dah ada girlfriend berlainan kelas. Orangnya cantik, putih mulus, pelajar aliran sains, pandai nyanyi bersuara merdu. Manakala Jamali pelajar aliran sastera. Macam tak sesuai pula sains dengan sastera tu digabungkan. Bukankah elok sastera dengan sastera ya tak? Itulah yang Mary ni fikirkan kalau tengok cinta monyet mereka berdua tu. Shiza pula lain ceritanya. Berkenan dengan sorang budak junior yang juga seorang Pengawas sama seperti dia. Wah! Ini dah kira perfect matchBingo! Alah...muda setahun saja pun. Okey la. Kelas pula sebelah saja. Nun di seberang sana. Cuma lain bangunan tapi aras yang sama. Amboi, bukan main lagi nak yang sama level juga si Shiza ni. Kedri namanya. Segak sungguh! Tegap orangnya, pemain takraw sekolah, atlet, pemain bola sepak, pengawas dan pustakawan. Semua jawatan kalau boleh cikgu nak bagi dekat dia seorang saja. Sempurna sungguh orangnya. Kulit hitam manis, murah senyuman. Rambut ala-ala Aaron Kwok. Hahaha, zaman tu memang penyanyi dan pelakon Hong Kong jadi kegilaan. Handsome kot. Siapalah yang tak nak. Shiza ni dua kali lima dengan Mary. Pengagum dalam diam. Asal ada peluang mereka berdua mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati mereka. Mary gelar Jamali tu Encik Smart sebab dia memang segak! Shiza pula menggelar Kedri tu Mr. Right sebab elok dan sejuk sungguh mata memandang. Amboi Shiza ni kalau bab memilih nombor satu! Asal saja mereka terlihat Jamali dan Kedri tu mulalah fikiran mereka melayang-layang, hati terasa menggebu-gebu. Pengagum dalam diam. Asal ada peluang mereka berdua mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati mereka. Ala, malu tapi mahu. Tak seorang pun tahu di sekolah tu mereka berdua ni mengagumi budak lelaki dua orang tu. Pandai sungguh mereka main peranan masing-masing. Tahannya hati mereka simpan rahsia tersembunyi tu ye. Pandai sungguh mereka main peranan masing-masing. Pandai simpan rahsia.

 

Apabila Mary, Shiza dan Jamali dah nak menamatkan alam persekolahan. Minggu terakhir sebelum cuti sekolah dan mereka bertiga akan menghadapi ujian SPM. Sekolah ada membuat jualan buku. Masa ni, semua pelajar bebas bergerak ke mana sahaja. Ada yang memang dah bercinta tu bukan main lagi bertenggek dekat koridor konon-konon dating la tu. Ala...dating anak remaja. Macamlah tak tau. Masa ni mereka mengambil peluang pergi membeli buku. Kasihan Encik Smart tak tahu perasaan sebenar Mary. Dia ingatkan Mary dan Shiza tu memang minta temankan ke koperasi sekolah. Tak tahu pula dia agenda tersembunyi Mary nak bersama dengannya. Sampai kesudah Encik Smart tu tak tahu Mary ni dah lama simpan perasaan dekat dia. Shiza pula mengambil kesempatan membeli beberapa naskah buku rujukan masa tu kemudian apabila dah nak beransur balik ke asrama dia memanggil adik kepada Kedri kemudian menyuruh adiknya yang bernama Rozie serahkan buku tu kepada Mr. Right. Shiza ni pandai main peranan. Dia siap tulis lagi kata-kata mutiara dekat buku-buku tu. Tapi bukanlah kata-kata jiwang. Sudah sahlah dia bagi kata-kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran. Shiza ni sangat menjaga standard dan dia memang sangat pemalu. Hanya mengagumi dari jauh. Hari terakhir sebelum menghadapi ujian SPM baru dia beranikan diri memberi sesuatu kepada Kedri. Nah, tengok tu. Tapi dia berpuas hati kerana dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada orang yang diagung-agungkan dalam diam. Agak-agaknya apa reaksi Kedri tu apabila terima pemberian dari adiknya tu ya? Entahlah. Terkejut kot. Mana taknya. Tak pernah berbual, tak pernah dekat, eh...bila dah habis Tingkatan 5 rupa-rupanya ada akak senior yang minat dalam diam! Kenangan zaman persekolahan memang tidak pernah membosankan. Sekarang ni semua sudah berkeluarga dan ada kerjaya masing-masing. Tetapi perangai gila-gila itulah yang menjadi kenangan manis apabila diingat kembali. 

 

 



Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...