Apabila rasa menyatu... Jari jemari mulai menari. Maka tercoretlah...Nukilan tanpa suara.
Itulah yang dinamakan Lentera Kalbu Shaz.
Selamat datang ke dunia imaginasi saya.
PROLOG Kerinduan yang terbuku ternyata amat menyakitkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika pernah merasakan, pasti tahu bagaimana rasanya. Mundar mandir di serambi rumah gelisah semacam menyebabkan rambut Syahmil kusut kerana selalu diramas walaupun tidak gatal. Memang pelik kalau orang sedang mabuk asmara. “Kamu ni kenapa Syah? Mak tengok resah semacam je.” “Ehemmm…eh mak! Terkejut Syah. Tak ada apa-apalah...” “Alamak, kenapa aku boleh terkantoi pula.” “Kamu ni semacam je mak tengok. Betul taka pa-apa? Kamu sakit? Kalau sakit pergilah ke klinik. Jangan dibiar nanti melarat. Cuba kamu beritahu mak kalau ada masalah. Mak sedia mendengar.” “Okey jer mak. Jangan susah hati. Syah sihat dan tak ada masalah. Cuma penat saja. Banyak sangat kerja yang tak siap lagi di pejabat tu.” Sambil menggelengkan kepala Mak Senah berlalu pergi tanpa sepatah kata. Hati ibu mana yang tak risau kalau tengok anak bujangnya sebegitu rupa. Entah apalah yang difikirkan oleh Syahmi...
BAHAGIAN PERTAMA : JATUH DAN BANGUN Coretan ini suatu ketika dulu amat sinonim dalam diriku. Ya. Pada suatu saat aku harus mengalah sedangkan pada masa yang sama aku tak mahu kalah. Akhirnya setelah kejadian itu, aku temui satu kekuatan dalam diri. Kekuatan untuk menerima dan belajar mengikhlaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Pelajaran yang kudapat dari hal itu adalah kekuatan, redha dan pasrah. Jiwaku lahir semula dengan kekuatan yang lebih positif, lebih optimis dan lebih realistik. Aku mula menilai apa yang berlaku terhadap diriku semua itu bersebab bukan saja-saja masuk ke dalam episod hidupku. Pernah suatu saat aku menyalahkan takdir kerana sering berlaku tidak adil. Mereka bahagia, aku berduka. Mereka gembira, aku terluka. Mereka ceria dan aku sugul. Terus menerus menolak takdir ternyata itu membuatkanku lelah, makin lemah dan hingga pada akhirnya membuatkan aku kalah. Betul. Aku kalah dek sikapku sendiri. Aku karam dek amarahku sendiri. Rupa-rupanya selama ini ...
Aku yang kamu kenal bukan orang yang sama kini berada di depanmu. Aku yang kamu kenal bukan orang yang sama selama sepuluh sesi lalu. Aku yang kamu kenal jauh daripada apa yang kamu rasa lari daripada apa yang di depan mata.
Ulasan
Catat Ulasan