Catatan

Puisi : Hipnotis

Imej
Wahai malam Dodoikan tidurku Dengan nyanyian cengkerik Dan alunan suara sang pungguk Andai itu mampu melenakan tidurku Suluhi tidur pulasku  Dengan biasan purnama Dan tiupkan dengan lembut Angin malammu nan dingin Agar esok Kuterjaga dengan semangat baru Kembali memulai langkah baru Menghapus yang sebelumnya menghalangiku Dengan hipnosismu Semangat baru Aura baru Nafas baru Dunia baru Hidup baru

Cerpen : Mandrem

Imej
Melakukan kerja mencuci dan menyapu di luar rumah lewat petang itu membuatkan aku sangat letih. Selesai mencuci koridor belakang rumah, aku duduk merehatkan diri seketika di bangku kayu yang terletak di belakang rumah sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Aku masih ingat lagi ketika itu, umur aku baru berusia 14 tahun. Ketika itu aku sedang cuti awal penggal persekolahan. Menjelang Maghrib aku masih juga kekal duduk di situ hanyut dalam kedamaian dengan ditemani hembusan angin pada senja hari. Tiba-tiba, aku terlihat ada sesuatu yang pelik di atas papan pemijak antara koridor belakang rumahku yang menyambungkan stor yang letaknya di hujung rumah. Nak tahu apa yang aku nampak? Cicak. Seekor cicak yang sangat kurus hingga nampak tulang walaupun hakikatnya badan cicak itu masih diselaputi kulit dengan mata cicak itu kemerah-merahan. Ada lagi yang pelik tentang cicak itu. Belakangnya ditusuk sebatang jarum kemudian dililit dengan benang merah! Dengan usia yang baru me...

Cerpen : Danau

Imej
Kisah ini bukanlah kisah yang panjang. Hanya sekadar cerita pendek serta lebih kepada berkongsi cerita tentang satu kejadian yang pernah aku alami hampir 15 tahun yang lalu. Hari dan tahun yang tepat aku sudah lupa. Maaf juga jika apa yang akan aku kongsikan ini nanti, jalan ceritanya agak tunggang langgang. Cerita yang aku tiba-tiba teringat setelah hasil dari berkongsi kisah-kisah pelik yang pernah dialami oleh aku dan teman-teman sekerja. Atau mungkin juga kerana aku sejak akhir-akhir ini agak sensitif kepada hal-hal mistik sebegini. Setelah mendengar cerita dari teman sekerja, aku teringat kisah yang nak aku kongsikan di sini. Aku tak nak kongsikan tempatnya di mana kerana aku mahu menjaga sensitiviti penduduk sekitar dan menghormati privasi mereka. Kisahnya bermula apabila dalam perjalanan di antara rumah aku ke tempat kerja melalui jalan kampung serta lalu juga di beberapa danau kecil sebelum tiba ke kawasan perladangan tempat aku bekerja ketika itu. Bukan aku y...

Puisi : Suara Itu

Imej
Suara itu Sentiasa terasa terngiang di telinga Wajah itu Mulus halus polos Sejernih air di pergunungan Bersih ibarat kertas tanpa coretan Tenang tanpa sebarang pergolakan  Sekali kutenung Kurenung sedalam-dalamnya wajahmu Merintih kalbu menahan rindu Akan rengekan tangisan manjamu dulu Ingin sekali lagi Kukucup bibir mungilmu Ingin kucium lembut pipimu Entah bila  terpatri  Entah terserlah ajaibnya Ikatan kasih antara kita Sungguh aku rindu Mendakap erat tubuhmu Agar takkan lagi pergi jauh dariku Moga bisa lena mengulit mimpi tika beradu Tenang bagai salju danau rindu

Puisi : Gurindam Kasih Pelangi

Imej
Mana perginya tinta tujuh warna untuk dibalas sepucuk surat pada dia? Bila angin menari, hatiku pun berlari Angin bertiup kencang, hati turut tergoncang Semilir angin basuhlah warna hatinya Hati, lenakah engkau malam tadi? Hati, kenapa kau tidak pernah mengerti? Jendela tetap bersuara kalau angin menyapa Tintanya daripada pelangi tujuh warna Kaki lilin tertinggal dalam dulang tembaga Memahat dalam baris, berkata dalam pusaka Petik bulan sabit buat lampu malammu Biarpun angin membisu, awan tetap membiru Kata diamlah yang paling sular dia telah Benar! Angin tidak pernah diam Senyum manis bagai kurma munawwarah Ketilang nyanyi di pohon cempaka Lagu hujan sentiasa indah di sisi gemawan putih Kalau hati ini emmang sebatang pena Tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna Lalu kenapa tidak saja dikirimkan Sepucuk surat cinta pada dia? Dan...bila langit sudah tidak mahu menangis.. Tika tanjung tidak mahu berbunga lagi Merpati manja di tap...

Puisi : Pergi

Imej
Dulu Janji itu yang kuingat sampai mati Dulu Janji itu yang kupegang erat Dulu Janji itu yang mengidupkanku kembali Dulu Janji itu juga yang kutunggu Seterusnya Janji itu masihku nanti Kini Janji itu masih membayangi Kini Janji itu yang menyakiti Kini Janji itu hanya tinggal janji Kesudahannya Kubiarkan janji itu berlalu pergi

Puisi : Terhenti Di Situ (Putera Di Hati Ibu)

Imej
 Ya Allah Rindunya hati ini Saat kutenung potretmu sayang Sebaknya dada ini saat kutenung matamu Sebening sendu di kalbuku Setulus kasihku padamu Sehebat gundah di dadaku Sayang Andai dapat kuputar waktu Pasti saja ingin rasaku Kembali ke masa dulu Menghitung dan mengumpul Segala kenangan lalu Yang sentiasa mekar di ingatanku Bintang Andai kau suruh aku pilih Antara emas dan permata Pasti takkan kupilih keduanya Hanya kupilih kenangan bersamamu Memulihkan segala kedukaan lalu Layu Longlai kali ini Merentas pelbagai jalan berliku Untuk kuteruskan langkahku Untuk terus menghampirimu Agar terus berjalan seiring denganku Namun Apalah dayaku Langkahku terhenti di situ Mataku terpaku di situ Nafasku sesak di situ Rinduku terbengkalai begitu Tak mampu untuk terus menyatu Mengumpul kekuatan dan kerinduan hatiku Kerana yang pasti Rinduku terus membeku