Catatan

Puisi : Rindu

Imej
Kelmarin Banyak mengajar aku tentang dunia Mengajar aku tentang ceritera suka Mengajar aku tentang ceritera duka Mengajar aku tentang segalanya Kelmarin Terukir indah senyuman memori Mengintai manja di bibir waktu Menyusun indah lagu rindu Melakar indah puisi syahdu Kelmarin Bagai baru saja berlalu Bagai masih hangat kenangan lalu Bagai menyerlah percikan sirna berlagu pilu Menyentap seketika lena tidurku Kelmarin Membuat aku tersentak Membuat aku mengelak Membuat aku tergelak Membuat aku rasa muak Kelmarin Indah sungguh taman mewangi Penuh dengan ragam duniawi Yang pastiku masih di sini Tetap menyulam mimpi sepanjang hari Kelmarin Membuatku alpa Membuatku leka Membuatku gembira Membuatku berduka Kelmarin Hanya secalit kenangan Hanya sebait puisi Hanya seuntai lagu Hanya kelmarin Tiada lagi munculmu menemaniku

Connect with me on social media

First off all I wanna say thank you to my family and friends who always support and believe in me that I can do anything that I can't imagine before. To all SUBSCRIBER in this channel, without you guys my channel will be nothing. Thank you so much. ---------------------------------------------------- Connect with me on:- YouTube : https://www.youtube.com/channel/UCoU6xSyRNG77Pb4B2mHkjxw Blog :- https://lenterakalbushaz.blogspot.com/ FB :- https://www.facebook.com/lenterakalbushaz/ ---------------------------------------------------- * Presenter * Freelance writer - Poems & short stories * Blogger * YouTuber

Cerpen : Geng Motor Besar Ke?

Imej
05 Februari 2013 adalah satu tarikh yang tak akan kulupakan. Mungkin kisah kali ini tidak berapa seram pada yang berani. Namun pada yang kurang berani agak menyeramkan. Kejadian berlaku di salah sebuah hotel murah yang terletak di sebuah negeri Pantai Timur Malaysia. Semuanya bermula apabila aku menghadiri satu kursus anjuran tempat kerja aku yang diadakan di Pantai Timur. Pada mulanya agak risau juga aku nak pergi sendiri. Tetapi memandangkan sudah arahan maka aku pergi juga. Berbekalkan sedikit keberanian dalam jiwa yang kononnya pergi bekerja sambil melancong dalam negara, berkobar-kobar juga semangat aku nak tengok tempat orang. Maklumlah, tak pernah lagi aku menginjak kaki ke tempat orang sejauh ini, seorang diri pula tu. Pada hari tersebut, perjalanan dari tempat aku ke KLIA mengambil masa kira-kira 2 jam penerbangan. Aku masih ingat lagi waktu itu aku ambil penerbangan pukul 09.15 pagi dan tiba di KLIA pukul11.20 pagi. Memandangkan penerbangan aku ke Pantai Timur...

Cerpen : Tolong Pulangkan Hatiku

Imej
PROLOG Kerinduan yang terbuku ternyata amat menyakitkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika pernah merasakan, pasti tahu bagaimana rasanya. Mundar mandir di serambi rumah gelisah semacam menyebabkan rambut Syahmil kusut kerana selalu diramas walaupun tidak gatal. Memang pelik kalau orang sedang mabuk asmara. “Kamu ni kenapa Syah? Mak tengok resah semacam je.” “Ehemmm…eh mak! Terkejut Syah. Tak ada apa-apalah...” “Alamak, kenapa aku boleh terkantoi pula.” “Kamu ni semacam je mak tengok. Betul taka pa-apa? Kamu sakit? Kalau sakit pergilah ke klinik. Jangan dibiar nanti melarat. Cuba kamu beritahu mak kalau ada masalah. Mak sedia mendengar.” “Okey jer mak. Jangan susah hati. Syah sihat dan tak ada masalah. Cuma penat saja. Banyak sangat kerja yang tak siap lagi di pejabat tu.” Sambil menggelengkan kepala Mak Senah berlalu pergi tanpa sepatah kata. Hati ibu mana yang tak risau kalau tengok anak bujangnya sebegitu rupa. Entah apalah yang difikirkan oleh Syahmi...

Cerpen : Siapa?

Imej
Dengarkan kisah ini dalam versi audio di YouTube Channel Lentera Kalbu Shaz Sebagai pengenalan cukup kalian mengenali aku sebagai ‘Aku’ sahaja dan aku bekerja sebagai seorang penjawat awam di salah tempat di Malaysia. Cukup sekadar itu pengenalan aku untuk kalian yang membaca coretanku ini. Hadirku di ruangan ini sekadar berkongsi cerita yang aku anggap agak misteri bagi diri aku. Almaklumlah selama aku hidup umur dah masuk angka 30an, ada beberapa kisah yang aku alami yang benar-benar terjadi pada diriku. Nak kata aku takut, tak juga. Cuma ia menimbulkan rasa tanda tanya dalam diri aku hingga ke hari. Kisahnya bermula begini, iaitu apabila aku diarahkan berpindah tugas ke satu daerah kecil dan tinggal di kuarters dan di situlah semuanya berlaku. Semua yang aku anggap mustahil sebelum ini akhirnya aku alami juga. Tinggal di rumah yang ada dua bilik bilik, ruang tamu dan ruang dapur sudah cukup besar bagiku yang tinggal seorang diri. Sedikit kecut juga perutku tatkala a...

Puisi : Mungkinkah

Imej
Menanti detik dan waktu Ternyata itu menyeksakan Membisu seribu bahasa Terdiam seribu makna Kan kekalkah begitu Di balik sirna cahaya Setiap saat ku tunggu Merungkai kerinduan di balik jiwa Bagai mencantas di persisiran waktu Menggembleng kudrat kesetiaan nan jitu

Puisi : Bila Aku Tanpamu

Imej
Bila aku tanpamu Bening semakin hening Kosong semakin lohong Hujan rindu seisi ruangan Igauan pilu memayunginya Sekian kali pun Matahari pagi pergi memudar Memulai hari-hari baru Waktu tetap berdetik Hati tetap berdegup Dalam saat, dalam hari, dalam bulan Penghujungnya belum tiba Peraturan riwayat kehidupan Aku tidak perlu lagi Bila aku tanpamu