Khamis, 1 Ogos 2024

Puisi : PESALAH DIPERSALAH

 


JANGAN PERNAH BAWA AKU BERMAIN

KERANA PERMAINAN KAU DAN AKU TIDAK PERNAH SAMA

JANGAN PERNAH! 

SEKALI AKU MELANGKAH, AKU TIDAK PERNAH BERUNDUR

AKU ORANG YANG BERJALANNYA LURUS

SEKALI AKU BERMAIN, 

AKU TAKKAN PERNAH BERHENTI SELAGI AKU BELUM MEMENANGI

AKU TAKUT KAU MENGALAH SEBELUM KALAH

MALAH NANTI AKU YANG AKAN BERTARUNG SENDIRIAN

SUDAH TENTU TIDAK ENAK PERMAINAN INI TANPA PEMAIN UTAMA

TIDAK MANIS PERTARUNGAN JIKA TIADA KESUDAHAN

TANPA MENANG, TANPA KALAH

JUSTERU ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH.

MEMULAI BOLEH, NAMUN JANGANLAH  MENGALAH

KERANA YANG DIPERSALAH KALAU SUDAH BERSERAH,

ITU BUKAN DIA YANG SALAH.

SI DIPERSALAH JIKA SUDAH MEMBUKA LANGKAH,

TAKUTNYA NANTI PESALAH LARINYA BERBIRIT-BIRIT 

MENGHERET PADAH LANGSUNG TERJUN PULA KE LURAH!

TIDAKKAH MALU KALAU SI DIPERSALAH NANTI BERDEKAH?

HENDAK MENANG HARUS BERJUANG!

HENDAK KALAH JANGAN MENGALAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...