Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Anekdot : Aku Dan Gelanggang

Imej
  Membesar di dalam sebuah keluarga kecil yang serba kekurangan. Hidupku tidak pernah merasa bagaimana dimanja-manjakan. Bukan dikasari tetapi lebih kepada disuruh berdikari. Jangan pernah salahkan orang tuaku kerana kekerasan itu. Aku bukan disakiti tetapi aku ditempa agar mampu belajar bagaimana bertahan hidup. Aku punya tanggungjawab yang besar tanpa aku sedari. Itulah kenyataan yang perlu aku terima hinggalah ke hari ini. Zaman kecilku yang dihabisi dengan menyendiri dan menemani orang tuaku ke sana ke mari demi mencari rezeki untuk sesuap nasi. Malamku pula hanya disinari pelita minyak tanah jauh dari kata nak berlilin atau berlampu gasoline. Hidup kami jauh dari kata mewah. Ke sana sini hanya berjalan kaki. Makan pakai kami hanya apa adanya. Baju koyak ditampung sana sini. Nak pakai baju baru jarang sekali.  Hobi orang susah seperti kami hanya mencari sesuatu yang sesuai dengan jiwa keras kami seperti mana kami bertahan hidup. Keluar masuk hutan, buat kerja kasar, berkul...

Anekdot : Aku Tak Mahu Cinta

Imej
  "Abang dah kata Alin takkan dengar. Kamu jangan paksa dia. Keras kepalanya itu sama saja dengan kamu Temah." "Abang kalau bercakap boleh tak jangan samakan dengan saya? Kita ni sedang pujuk Alin biar dia terima pinangan Burhan tu. Cubalah sama-sama cari akal untuk lancarkan majlis mereka nanti. Doa saja biar jadi. Tak bolehkah abang? "Baiklah Temah. Abang pujuklah nanti. Alin tu anak kesayangan abang. Siapa tak kenal Alinda Maizura Binti Yakup yang hatinya sekeras batu di tengah lautan? Semua orang kampung kita ni tahu. Tu hah, keluarga Si Burhan tu pun tahu. Tapi, yalah...dah dia nakkan anak kita nak buat macam mana. Kita terima juga mereka datang rumah. Takkanlah nak halau pula orang datang cara baik, kita sambut baik-baik." "Tapi abang, Temah tengok Burhan tu penyabar orangnya. Sesuai sangatlah kalau dengan Alin yang kepala batu tu. Nanti kalau dia tak sabar, tak menjadi apa anak kita tu." "Itulah sebabnya abang katakan pada Temah tadi. Pere...

Puisi : Tak Terungkapi

Imej
  (Versi Audiolisasi) (Versi lagu puisi) Lirik lagu puisi klik di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=3%2BJirvs8ICBSnXyiQhIiXJ7nUPwwkeAqFaZBJYFkULG3ZWpzzPyB Hitungan titis hujan itu tak terkira Sama seperti tak terkiranya perasaan ini Selalu saja seakan jauh untuk dicapai Selaju deruan angin yang kufikir selaju detak jantung ini Ternyata TIDAK sama sekali Bagaimana ya hendak jelaskan? Agar kamu mengerti Aku bukan boneka lucu untuk dipeluk Bukan juga badut untuk diolok-olok seperti orang yang tidak punya perasaan Atau kamu ingin anggap aku bayang hitam yang sekadar lalu di belakangmu Setipis itukah aku dimatamu? Sukar untuk aku jelaskan dengan ayat yang mudah untuk kamu fahami Selami sahaja isi hatimu yang paling dalam Di situ nanti, akan ada jawapan.

Anekdot : Melarik Kasih

Imej
  Duduk membisu membuatkan aku terus termangu. Cebisan kertas yang kamu tinggalkan ini membuatkan aku terus meneka-neka kenapa? Ke mana pergimu? Ada apa sebenarnya denganmu? Janganlah menjauh tanpa sebarang kata. Diam itu bukan penyelesai segalanya. Katamu... "Maafkan aku, setakat ini saja kisah antara kita. Sudah sampai waktu untuk aku meluruskan apa yang patut. Kamu betul, aku salah. Kamu jujur, aku tidak. Kamu tulus, aku culas. Bergeraklah sendiri setelah ini. Arah kita berbeza. Kita masing-masing punya kompasnya. Selamat tinggal." Tergamaknya kamu membuat aku begini. Terduduk sepi tanpa tangis. Tergamak kamu meninggalkan nota ini kerana kamu tahu aku kuat menghadapi. Tapi kenapa? Tiada ribut, tiada hujan. Tiada tengkar dan tiada airmata antara kita. Kamu kejam! Mungkin ada silapku yang kamu tak mahu. Atau mungkin ada silapmu yang tak perlu aku tahu. Aku tak buat kesalahan terhadapmu. Aku juga tidak lakukan apa-apa pun. Tergamaknya kamu! Fuhhh! Biar aku hembuskan rasa kesa...

Anekdot : Berdua Mendua

Imej
"Jue, tunggu I bawah pokok hujung tasik nanti ya,"  Akmal menghantar WhatsApp. " Okey ," Jueleya Izura membalasnya. Di sisi lain, Akmal dan Jueleya menghantar pesanan yang berlainan kepada orang yang lain juga. "Qish, Mal akhir sikit tau. Masih ada kerja yang perlu diselesai. Tunggu je sampai Mal datang. Sorry sayang. Love you . Muaahhh". "Baik, Qish tunggu. Jangan akhir. Nanti papa marah sebab selalu sangat balik lambat. Mal jawablah dekat papa nanti sebab hantar tunang tiap hari lewat". "Yelah..Mal tau macam mana nak bagitau dia. Bukan suka-suka pun". " Orite sayang. Love you so much ". "Abang, you tunggu tau... I on the way ni. Jammed sangat! Dua jam lagi sampailah". " It's ok sayang. Abang tunggu. Mak dan ayah dah tak sabar tunggu menantu kesayangan sampai. Anak-anak pun tak sabar nak jumpa mummy dia orang. Hati-hati drive ". "Jue...sampai bila kita nak macam ni. Sakit sangat sembunyikan hub...

Siri Motivasi Diri : Memaafkan Itu Membebaskan

Imej
  https://podcasters.spotify.com/pod/show/lentera-kalbu-shaz/episodes/14--SIRI-MOTIVASI-DIRI---MEMAAFKAN-ITU-MEMBEBASKAN-e1srh0v

Zon Seram Sejuk : Dentuman Malam Kelam

Imej
 Selamat menonton & selamat mendengar.