Catatan

Puisi : Ada Apa Sebenarnya Denganmu

Imej
  Ada apa dalam dirimu? Dengan apa kau bergelut? Dengan siapa kau mahu melabuhkan kepalamu?  Selalu saja diammu itu menyudutkanmu Selalu saja diammu menerbitkan soal Tak siapa tahu kesiagaanmu Bagaimana kukuhnya cekal hatimu?  Bagaimana cariknya rasa itu?  Hanya kamu saja yang tahu Bagaimana kamu kutip segala rasa itu? Jangan ditanya...

Puisi : Menukang Buih

Imej
  Teruskanlah aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi... KOSONGGGGGGGG... merenung ke lautan luas mungkin itu yang terbaik yang ku cari hanyalah kedamaian dan ketenangan Keadaan yang semakin menyebalkan entah apa-apalah Kau ingat aku tunggul?

Puisi : Silam

Imej
  Hening mengiringi  di jendela itu seorang tua bertongkat dagu tenggelam bersama renungan unggas malam setia menjadi teman sayup di corong bongkah kecil tersudut bersama jejaring lelabah hilang dan datang alunannya berselang angin malam membayang kenangan semalam bebas berteman alam tenang aman tiada muram Oh! Rindunya.

Puisi : Manusia Robot

Imej
  Carut bikin cuak marut bikit muak hingar bikin bingar desas bikin benak. Polemik sanggar harapan endemik payung andalan sudahnya tuntaskah suri? Berkali jua mencerna sesekali maklum acapkali hasilnya sama. Kesudahannya lali jawabnya.

Puisi : Menerka Waktu

Imej
Aku yang kamu kenal bukan orang yang sama kini berada di depanmu. Aku yang kamu kenal bukan orang yang sama selama sepuluh sesi lalu. Aku yang kamu kenal jauh daripada apa yang kamu rasa lari daripada apa yang di depan mata.

Anekdot : Mr. Right & Encik Smart

Imej
  Kenangan zaman remaja. Sungguh tak dapat dilupakan. Zaman cinta monyet kata orang. Korang mesti ada  crush  kan. Seriuslah tak ada? Eloklah tu. Sekolah untuk menimba ilmu bukan nak bazir masa dengan cinta monyet. Dunia remaja ni langsung tak ada sedihnya. Kalau boleh nak yang seronok saja. Orang ada  crush , dia pun nak ada  crush  walau paras rupa tak seberapa, pelajaran pun tak sepandai mana. Antara pelajar cerdik dan tak berapa nak cerdik saja. Masalahnya nak ke si  crush  tu dekat awak. Hmmm...Fikirlah sendiri. Dunia remaja ni memang dunia gila-gila! Semua benda, semua perkara main redah je. Hal lain belakang kira. Ish ish ishhhh. Mary dan Shiza dua sekawan, satu kelas. Pengawas dan juga pustakawan sekolah. Sah-sahlah mereka berdua budak pandai dan mestilah pelajar yang berdisiplin. Dek kerana nak jaga status pengawas dan pustakawan sekolah tu, punyalah susah nak menunjukkan perangai tergedik-gedik mereka. Alih-alih mereka ni memuja dalam di...

Siri Motivasi Diri : Menata Peribadi Berkelas

Imej
  Bagaimana menata peribadi yang berkelas? Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Pada entri kali ini saya berkongsi lima fokus utama. Pertama :-  Menguasai bahasa tubuh yang elegan.   Jika anda ingin tampil elegan, anda harus/mesti menguasai Anda ingin menjadi elegan harus menguasai bahasa tubuh yang elegan sehingga orang lain akan langsung terkesan saat mereka melihat cara Anda membawa diri. Orang yang elegan selalu merasa percaya diri, bertanggung jawab, dan tenang.  Pastikan bahwa anda tidak berjalan terlalu cepat, mencari barang yang hilang di dalam handbag /beg dengan emosi yang tidak dikawal, atau biasa bertindak dengan cara yang membuat anda terlihat letih dan tidak yakin pada diri sendiri. Apabila anda ingin terlihat elegan, gerakan tubuh anda mesti bertenang.  Beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan :- Ciptakan kontak mata dengan perlahan tetapi pasti. Jangan menatap orang-orang yang sedang tidak berinteraksi dengan anda atau mengalihka...