Selasa, 30 Ogos 2022

Siri Motivasi Diri : Kenapa Harus Bangkit






Siri 1 :-  Kenapa harus bangkit?

Jatuh dan bangun dalam hidup itu perkara biasa. Apa yang tidak biasa? Jatuh bangkit kemudian jatuh dan terus jatuh. Bagaimana  hendak terus bangkit kalau selalu terjatuh? Ya bangkitlah! Jangan menyerah kalah! Memang hidup itu perlu mengalahkah? Tidaklah! Hidup itu adalah perjuangan. Hidup itu petarungan! Hidup itu satu perlumbaan! Tidak mengapa lambat asal jangan tidak buat. Tidak mengapa lewat asal tidak leka. Masih ragu-ragu? Sudahlah! Padamkan khayalanmu itu. Hidup perlukan keberanian, perlukan kecekalan. Tak berani? Tak cekal? Hidup takkan ke mana-mana. Bangkitlah menjadi seorang pejuang. Takkanlah nak mengalah sebelum betarung? Jika ketakutan itu yang menguasaimu, sampai bila-bila pun kamu akan jadi seorang yang kalah. BANGKIT! LAWAN RASA TAKUTMU! TAWAN IMPIANMU!




Jumaat, 19 Ogos 2022

Puisi : Melepas Terlepas Atau Dilepas

 




Tidak akan ada semua yang akan suka
Tentang inovasimu
Tidak semua yang akan suka
Menerima pembaharuan seinginnya kamu
Tidak akan semua yang akan bersedia
Menerima sebernas apa buah fikirmu
Semudah itu menyerah?
Tidaklah!
Jangan!
Percayalah pada dirimu sendiri
Pejamkan matamu kepada yang mengelabui mindamu
Simpang siur dugaanmu
Itu ujian ketabahanmu
Mana yang tidak menyokongmu
Biarkan tinggalkan
Kerana yang utama
Akhirnya nanti
Kamu akan menemui kebenaran



Puisi : Yang Terpilih

 



(Versi lagu puisi)

Lirik lagu puisi klik di bawah :-

Sesekali renunglah kembali

Bekas tapak kaki mungilmu di pasiran itu

Cetakan alami itulah perjalananmu

Tahukah kamu

Bahawa cetakan kakimu itu

Sebahagian daripada seni alam

Semolek-molek kejadian

Sebenar-benar perjalanan

Sedarkah kamu

Bahawa sebanyak itulah sudah perjalananmu

Sebanyak itulah perjuanganmu

Sebanyak itulah daya usahamu

Ya, benar ada yang tidak terlihat lagi

Kenapa? 

Ya, begitulah hidup 

Ada yang perlu diingat

Ada yang perlu kita gilap

Ada yang perlu kita lenyap 

Setiap kita sudah dipilih

Membina cetakan hidup sendiri






Puisi : Ketika Cara Berbicara

 



Setiap kita punya cerita
Ada duka ada duka
Ada gembira ada sedih
Setiap kita punya cara
Meluah atau mencoret
Menyanyi atau menangis
Melukis atau menulis
Setiap kita punya cerita
Ada yang perlu disimpan
Ada yang dicerita
Setiap kita punya pilihan
Berserah atau menyerah
Mengalah atau parah
Mara atau marah
Setiap kita punya cara
Mengekspresi atau menghapusi
Setiap kita ada cara



Khamis, 18 Ogos 2022

Puisi : Bahagia

 


Setiap insan itu punya hak 

Hak untuk gembira

Hak untuk ceria

Hak untuk bahagia

Setiap insan itu punya hak

Hak untuk merasa

Paling beruntung di dunia

Mengecapi sinar cerita sendiri

Setiap insan itu punya hak untuk bersyukur

Cepat atau lambat

Suatu hari nanti

Setiap insan itu akan mengecapi





Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...