Jumaat, 19 Ogos 2022

Puisi : Yang Terpilih

 



(Versi lagu puisi)

Lirik lagu puisi klik di bawah :-

Sesekali renunglah kembali

Bekas tapak kaki mungilmu di pasiran itu

Cetakan alami itulah perjalananmu

Tahukah kamu

Bahawa cetakan kakimu itu

Sebahagian daripada seni alam

Semolek-molek kejadian

Sebenar-benar perjalanan

Sedarkah kamu

Bahawa sebanyak itulah sudah perjalananmu

Sebanyak itulah perjuanganmu

Sebanyak itulah daya usahamu

Ya, benar ada yang tidak terlihat lagi

Kenapa? 

Ya, begitulah hidup 

Ada yang perlu diingat

Ada yang perlu kita gilap

Ada yang perlu kita lenyap 

Setiap kita sudah dipilih

Membina cetakan hidup sendiri






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Puisi : Secangkir Rindu Di Balik Hujan

Hujan menari di balik kaca, menemani hati yang tak lagi bersuara. Secangkir hitam kugenggam erat, hangatnya tak mampu menyembuhkan luka. Asa...