Catatan

Zon Seram Sejuk : Taboh

Imej
 

Siri Motivasi Diri : Kenapa Harus Bangkit

Imej
https://anchor.fm/lentera-kalbu-shaz/episodes/SIRI-MOTIVASI-DIRI-e1p8736/Kenapa-harus-bangkit-a8mg4mp Siri 1 :-  Kenapa harus bangkit? Jatuh dan bangun dalam hidup itu perkara biasa. Apa yang tidak biasa? Jatuh bangkit kemudian jatuh dan terus jatuh. Bagaimana  hendak terus bangkit kalau selalu terjatuh? Ya bangkitlah! Jangan menyerah kalah! Memang hidup itu perlu mengalahkah? Tidaklah! Hidup itu adalah perjuangan. Hidup itu petarungan! Hidup itu satu perlumbaan! Tidak mengapa lambat asal jangan tidak buat. Tidak mengapa lewat asal tidak leka. Masih ragu-ragu? Sudahlah! Padamkan khayalanmu itu. Hidup perlukan keberanian, perlukan kecekalan. Tak berani? Tak cekal? Hidup takkan ke mana-mana. Bangkitlah menjadi seorang pejuang. Takkanlah nak mengalah sebelum betarung? Jika ketakutan itu yang menguasaimu, sampai bila-bila pun kamu akan jadi seorang yang kalah. BANGKIT! LAWAN RASA TAKUTMU! TAWAN IMPIANMU!

Puisi : Melepas Terlepas Atau Dilepas

Imej
  Tidak akan ada semua yang akan suka Tentang inovasimu Tidak semua yang akan suka Menerima pembaharuan seinginnya kamu Tidak akan semua yang akan bersedia Menerima sebernas apa buah fikirmu Semudah itu menyerah? Tidaklah! Jangan! Percayalah pada dirimu sendiri Pejamkan matamu kepada yang mengelabui mindamu Simpang siur dugaanmu Itu ujian ketabahanmu Mana yang tidak menyokongmu Biarkan tinggalkan Kerana yang utama Akhirnya nanti Kamu akan menemui kebenaran

Puisi : Yang Terpilih

Imej
  (Versi lagu puisi) Lirik lagu puisi klik di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=PEDvvKLekjsBI5fD9ou8uqTj2kB5vJAPwReMdy%2BGgq7xfMn1THUZ Sesekali renunglah kembali Bekas tapak kaki mungilmu di pasiran itu Cetakan alami itulah perjalananmu Tahukah kamu Bahawa cetakan kakimu itu Sebahagian daripada seni alam Semolek-molek kejadian Sebenar-benar perjalanan Sedarkah kamu Bahawa sebanyak itulah sudah perjalananmu Sebanyak itulah perjuanganmu Sebanyak itulah daya usahamu Ya, benar ada yang tidak terlihat lagi Kenapa?  Ya, begitulah hidup  Ada yang perlu diingat Ada yang perlu kita gilap Ada yang perlu kita lenyap  Setiap kita sudah dipilih Membina cetakan hidup sendiri

Puisi : Ketika Cara Berbicara

Imej
  Versi audiolisasi Versi lagu puisi Setiap kita punya cerita Ada duka ada duka Ada gembira ada sedih Setiap kita punya cara Meluah atau mencoret Menyanyi atau menangis Melukis atau menulis Setiap kita punya cerita Ada yang perlu disimpan Ada yang dicerita Setiap kita punya pilihan Berserah atau menyerah Mengalah atau parah Mara atau marah Setiap kita punya cara Mengekspresi atau menghapusi Setiap kita ada cara

Puisi : Bahagia

Imej
  Setiap insan itu punya hak  Hak untuk gembira Hak untuk ceria Hak untuk bahagia Setiap insan itu punya hak Hak untuk merasa Paling beruntung di dunia Mengecapi sinar cerita sendiri Setiap insan itu punya hak untuk bersyukur Cepat atau lambat Suatu hari nanti Setiap insan itu akan mengecapi

Novel : Oh! My Gustavio

Imej
  Untuk pembelian e-Novel ini sila klik link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ https://fliphtml5.com/bookcase/rnvgy/ Bab 1 β€œTahniah Munirah. Awak dah berjaya melangkah ke tahap yang seterusnya. Semoga berjaya kembali ke tanah air dan membawa segulung ijazah.” β€œ Thank you so much Qal. Insya allah. Doakan saya tau. Awak pun apa kurangnya. Bukankah awak pun berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Gadjah Mada. Balik nanti saya nak tengok awak bukan saja bawa balik segulung ijazah, malah cowok Yogyakarta juga. Hehehe.” β€œEsh awak ni. Ke situ pula. Whatever ! Sama juga awak. Saya doakan bawa boyfriend original Sepanyol. Hahahaha.” β€œAmboi Qal…Amboi Munirah. Jauh sangat keinginan awak berdua ni. Hah! Qal, saya ni awak nak simpan dekat mana pula kalau awak bawa balik cowok ganteng dari Yogjakarta nanti? Awak nak jadikan saya lampin pakai buang?” Tempelak Munif Asraff seakan tidak berpuas hati setelah mendengar usikan kedua-dua sahabatnya itu tadi. Sebenarnya antara Munirah Athira dan Qaseh ...