Apabila rasa menyatu... Jari jemari mulai menari. Maka tercoretlah...Nukilan tanpa suara.
Itulah yang dinamakan Lentera Kalbu Shaz.
Selamat datang ke dunia imaginasi saya.
Duduk membisu membuatkan aku terus termangu. Cebisan kertas yang kamu tinggalkan ini membuatkan aku terus meneka-neka kenapa? Ke mana pergimu? Ada apa sebenarnya denganmu? Janganlah menjauh tanpa sebarang kata. Diam itu bukan penyelesai segalanya.
Katamu...
"Maafkan aku, setakat ini saja kisah antara kita. Sudah sampai waktu untuk aku meluruskan apa yang patut. Kamu betul, aku salah. Kamu jujur, aku tidak. Kamu tulus, aku culas. Bergeraklah sendiri setelah ini. Arah kita berbeza. Kita masing-masing punya kompasnya. Selamat tinggal."
Tergamaknya kamu membuat aku begini. Terduduk sepi tanpa tangis. Tergamak kamu meninggalkan nota ini kerana kamu tahu aku kuat menghadapi. Tapi kenapa? Tiada ribut, tiada hujan. Tiada tengkar dan tiada airmata antara kita. Kamu kejam!
Mungkin ada silapku yang kamu tak mahu. Atau mungkin ada silapmu yang tak perlu aku tahu. Aku tak buat kesalahan terhadapmu. Aku juga tidak lakukan apa-apa pun. Tergamaknya kamu!
Fuhhh! Biar aku hembuskan rasa kesal ini di alam luas. Tidak ada makiku, tidak ada marahku. Hanya ada teka-teki yang bermain di kepalaku.
"Jue, tunggu I bawah pokok hujung tasik nanti ya," Akmal menghantar WhatsApp.
"Okey," Jueleya Izura membalasnya.
Di sisi lain, Akmal dan Jueleya menghantar pesanan yang berlainan kepada orang yang lain juga.
"Qish, Mal akhir sikit tau. Masih ada kerja yang perlu diselesai. Tunggu je sampai Mal datang. Sorry sayang. Love you. Muaahhh".
"Baik, Qish tunggu. Jangan akhir. Nanti papa marah sebab selalu sangat balik lambat. Mal jawablah dekat papa nanti sebab hantar tunang tiap hari lewat".
"Yelah..Mal tau macam mana nak bagitau dia. Bukan suka-suka pun".
"Orite sayang. Love you so much".
"Abang, you tunggu tau...I on the way ni. Jammed sangat! Dua jam lagi sampailah".
"It's ok sayang. Abang tunggu. Mak dan ayah dah tak sabar tunggu menantu kesayangan sampai. Anak-anak pun tak sabar nak jumpa mummy dia orang. Hati-hati drive".
"Jue...sampai bila kita nak macam ni. Sakit sangat sembunyikan hubungan kita. Mal dah bersedia bawa you jumpa mak ayah I. Tapi you asyik cakap belum ada masa. Masa belum sesuailah, apalah..."
"I tau, tapi tolonglah faham keadaan I. Sekarang I tengah busy. Banyak kerja nak kena selesaikan sebelum kita bercuti. Beri I masa setahun dua boleh tak you? Tak sabar sangat ni dah kenapa? Dah jumpa calon yang sesuai dengan you?"
"Bukan macam tu. Dah tiga tahun kita begini. Ke mana lagi arah tuju hubungan kita ini.I serius dengan you. Tapi you macam main-mainkan perasaan I. Kalau macam ni kita mesti beri kata putus hari ini juga."
"Mal! You ingat I main-main? Kalau tak serius dengan you I tak drive jauh-jauh macam ni semata-mata nak jumpa you tiap minggu tau. Baik, you nak sangat kata putus kan...Kita putus!"