Kenapa badai itu seringkali melanda?
Di kala hati ini bungkam membeku
Mencari erti cinta dan bahagia
Saat inilah hebatnya tsunami bergelora
Memecah dinding jiwa
Meranap bahtera indah impian abadiku
Sering kali aku diuji dan teruji
Ternyata aku masih juga di sini
Hanya mampu memerhati
Membeku dan membisu
Menepis dan menangkis
Dengan penuh keredhaan
Walau gelombang hebat menerpa
Namun
Harapanku takkan mungkin runtuh
Demi menggapai satu kata
Iaitu bahagia
Hingga sampai waktunya
Muak, cuak dan sebal
Segalanya bersatu bagai batu
Membungkus hatiku yang penuh bungkam
Mengapa dan kenapa harus begini?
Harukah aku kekal bertahan?
Di sini hingga akhir nanti
Kekal membatu mencatu hati
Membiar diri kekal kaku sebegini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan