Khamis, 22 April 2021

Puisi : Bungkam

 


Kenapa badai itu seringkali melanda?

Di kala hati ini bungkam membeku

Mencari erti cinta dan bahagia

Saat inilah hebatnya tsunami bergelora

Memecah dinding jiwa

Meranap bahtera indah impian abadiku

Sering kali aku diuji dan teruji

Ternyata aku masih juga di sini

Hanya mampu memerhati

Membeku dan membisu

Menepis dan menangkis

Dengan penuh keredhaan

Walau gelombang hebat menerpa

Namun

Harapanku takkan mungkin runtuh

Demi menggapai satu kata

Iaitu bahagia

Hingga sampai waktunya

Muak, cuak dan sebal

Segalanya bersatu bagai batu

Membungkus hatiku yang penuh bungkam

Mengapa dan kenapa harus begini?

Harukah aku kekal bertahan?

Di sini hingga akhir nanti

Kekal membatu mencatu hati

Membiar diri kekal kaku sebegini




Novel Thriller Seram : Chalet Melati

  Sinopsis Novel:  Nurul Izzah, seorang penulis muda, mengambil keputusan untuk bercuti seorang diri di sebuah chalet terpencil di taman neg...