Rabu, 27 Januari 2021

Puisi : Ah! Cinta Itu Memang Gila

 



Jatuh cinta itu

Tidak indah tanpa rajuk

Jatuh cinta itu

Tidak indah tanpa manja

Bercinta

Tak indah tanpa canda

Cinta?

Tak indah tanpa semua rasa

Putus cinta

Sakit sesak dalam dada

Kadang bawa gelisah jiwa

Tahu tak?

Cinta itu memang gila!

Nak bercinta rasa nak gila

Mencari kasih pada yang sudi

Sudah bercinta

Lagi bagai nak gila

Terkadang seperti itu

Terkadang seperti ini

Putus cinta?

Lagilah gila!

Ada yang betul-betul jadi gila

Ada yang dah macam orang gila

Cinta bahagia?

Itulah idaman hati

Bahagia hingga mati

Tapi

Tentang cinta

Takkan pernah habis di sini

Setiap diri punya cerita cinta peribadi

Patri abadi di dalam diri

Semua itu

Cerita coretan tentang cinta




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...