Rabu, 12 Ogos 2020

Puisi : Aku Yang Kau Tak Anggap

 



Labuh duduknya tak mungkin berkala

Apabila hati mula berkata

Aku cinta padamu

Dengus nafasnya

Tak mungkin sekata

Apabila di dada hanya menyatakan

Aku rindu padamu

Renungan mata

Tak mungkin akan tegar

Apabila hati menurutkan

Tak mungkin kulupa wajahmu

Nafas dihela

Labuhku bersandar

Pandangan dilontar jauh

Kenangan bersilih tayang

Mata bergenang

Hati membisik rindu

Mulut membisu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kiddy Tales by Shaz: Clara The Pastry Seller

  🌸 Kiddy Tales by Shaz: Clara The Pastry Seller 🌸 Where every story begins with a smile… and ends with a lesson to hold dear. Meet Clar...