Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Puisi : Bawa Aku Ke Bulan

Imej
  Dahulu Aku pernah mengimpi Berada ke awan biru Seperti burung terbang bebas di udara Mengepak sayap ke mana sahaja mahunya Dahulu Aku selalu mengimpi Sekiranya aku dapat menginjak kaki Tepat di tanah bulan nan tinggi Menikmati cahaya malam Sambil melihat indah pancaran sinarnya ke bumi Kini Aku terus bermimpi Memanggil kembali impiku Merajut lamunan lenaku Mengait impian asalku Salahkah Andai itu angan tak usaiku Penghias indah lelapku Setiap orang itu punya rasa Punya suka Punya cerita reka sendiri Semuanya demi satu impi Satu cita Satu harap Akan kusemat kusisip abadi

Puisi : Aku Yang Kau Tak Anggap

Imej
  Labuh duduknya tak mungkin berkala Apabila hati mula berkata Aku cinta padamu Dengus nafasnya Tak mungkin sekata Apabila di dada hanya menyatakan Aku rindu padamu Renungan mata Tak mungkin akan tegar Apabila hati menurutkan Tak mungkin kulupa wajahmu Nafas dihela Labuhku bersandar Pandangan dilontar jauh Kenangan bersilih tayang Mata bergenang Hati membisik rindu Mulut membisu