Isnin, 16 Mac 2020

Puisi : Kelmarin



Kelmarin
Banyak mengajar aku tentang dunia
Mengajar aku tentang ceritera suka
Ceritera duka tentang segalanya
Kelmarin
Terukir indah senyuman memori
Mengintai manja di bibir waktu
Menyusun indah lagu rindu
Melakar indah puisi syahdu
Kelmarin
Bagai baru saja berlalu
Bagai masih hangat kenangan lalu
Bagai menyerlah percikan sirna berlagu pilu
Menyentap seketika lena tidurku
Kelmarin
Membuat aku tersentak, mengelak, tergelak
Juga rasa muak
Kelmarin
Indah sungguh taman mewangi
Penuh dengan ragam duniawi
Yang pasti aku masih di sini
Tetap menyulam mimpi sepanjang hari
Kelmarin
Membuatku alpa, leka, gembira berduka
Kelmarin
Hanya secalit kenangan
Sebait puisi, seuntai lagu
Hanya kelmarin
Tiada lagi munculmu menemaniku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Puisi : Warung Tarung

  Warung Tarung – Sebuah Kisah yang Berselindung di Balik Kata Ada tempat di dunia ini yang kelihatan biasa, tetapi di situlah manusia seri...