Isnin, 18 November 2019

Puisi : Sebeginikah?






Kau aku mereka
Ibarat permainan tarik tali
Aku di antara kalian
Seolah-olah berada di persimpangan
Dan akhirnya bertemu jalan mati
Benar
Ingin kuberhenti di sini
Kerana aku sebagai tali
Dan kalian bertelagah bermegah
Bercanggah dengan tegang
Tak mampu untukku tenang
Biar riak wajah seakan tenang
Biar riak wajah seakan senang
Tolong
Tolong hentikan sandiwara ini
Tiada kesudahan drama naluri
Andai terusan begini
Tanpa ada penghujung abadi
Mangsa
Ya memang benar aku mangsa
Mangsa kepada keadaan
Mangsa pertelingkahan
Ibarat aku boneka semata
Yang tak punya erti segala
Ibarat catur yang perlu diatur
Sedang aku
Tetap harus memilih
Jalan yang lurus tanpa liku
Jalan yang lurus tanpa buntu
Biarkan aku
Biarkan aku sendiri begini
Dan jangan cari aku lagi
Bukan aku menghindar
Bukan aku membenci
Kerana aku memerlukan
Pengabdian ku sendiri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

e-Book : Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi — Ia Boleh Jadi Sumber Rezeki dari Rumah 🌿

  Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi — Ia Boleh Jadi Sumber Rezeki dari Rumah 🌿 Kadang-kadang kita tak sedar… apa yang kita buat sekadar suka-s...