Jumaat, 29 Disember 2023

Puisi : Menerka Waktu



Aku yang kamu kenal

bukan orang yang sama

kini berada di depanmu.


Aku yang kamu kenal

bukan orang yang sama

selama sepuluh sesi lalu.


Aku yang kamu kenal

jauh daripada apa yang kamu rasa

lari daripada apa yang di depan mata.

Khamis, 13 Julai 2023

Anekdot : Mr. Right & Encik Smart

 



Kenangan zaman remaja. Sungguh tak dapat dilupakan. Zaman cinta monyet kata orang. Korang mesti ada crush kan. Seriuslah tak ada? Eloklah tu. Sekolah untuk menimba ilmu bukan nak bazir masa dengan cinta monyet. Dunia remaja ni langsung tak ada sedihnya. Kalau boleh nak yang seronok saja. Orang ada crush, dia pun nak ada crush walau paras rupa tak seberapa, pelajaran pun tak sepandai mana. Antara pelajar cerdik dan tak berapa nak cerdik saja. Masalahnya nak ke si crush tu dekat awak. Hmmm...Fikirlah sendiri. Dunia remaja ni memang dunia gila-gila! Semua benda, semua perkara main redah je. Hal lain belakang kira. Ish ish ishhhh. Mary dan Shiza dua sekawan, satu kelas. Pengawas dan juga pustakawan sekolah. Sah-sahlah mereka berdua budak pandai dan mestilah pelajar yang berdisiplin. Dek kerana nak jaga status pengawas dan pustakawan sekolah tu, punyalah susah nak menunjukkan perangai tergedik-gedik mereka. Alih-alih mereka ni memuja dalam diamlah. Amboi-amboi. Bukan main korang berdua ya. Tak padan dengan jawatan yang dipegang! Paling tak masuk akal mereka berdua ni, punya lah high class punya taste! Ni lagilah tak masuk akal. Haa...nak tau apa dan siapa crush mereka berdua ni? Nak ceritalah ni.

 

Si Mary ni berkenan dengan seorang budak lelaki bernama Jamali yang satu kelas dengan mereka berdua. Budak lelaki ni punyalah control macho kat dalam kelas. Rambutnya bertata rapi. Duduk pula di meja depan walau kadang-kadang perangai serupa monyet. Tampil kemas, sentiasa wangi, aktif bersukan. Kulit putih bersih, tinggi lampai, rambut berombak. Murah senyuman dan boleh tahan juga akademiknya. Semuanya sempurnalah dipendekkan cerita. Tapi yang tak seronoknya dia dah ada girlfriend berlainan kelas. Orangnya cantik, putih mulus, pelajar aliran sains, pandai nyanyi bersuara merdu. Manakala Jamali pelajar aliran sastera. Macam tak sesuai pula sains dengan sastera tu digabungkan. Bukankah elok sastera dengan sastera ya tak? Itulah yang Mary ni fikirkan kalau tengok cinta monyet mereka berdua tu. Shiza pula lain ceritanya. Berkenan dengan sorang budak junior yang juga seorang Pengawas sama seperti dia. Wah! Ini dah kira perfect matchBingo! Alah...muda setahun saja pun. Okey la. Kelas pula sebelah saja. Nun di seberang sana. Cuma lain bangunan tapi aras yang sama. Amboi, bukan main lagi nak yang sama level juga si Shiza ni. Kedri namanya. Segak sungguh! Tegap orangnya, pemain takraw sekolah, atlet, pemain bola sepak, pengawas dan pustakawan. Semua jawatan kalau boleh cikgu nak bagi dekat dia seorang saja. Sempurna sungguh orangnya. Kulit hitam manis, murah senyuman. Rambut ala-ala Aaron Kwok. Hahaha, zaman tu memang penyanyi dan pelakon Hong Kong jadi kegilaan. Handsome kot. Siapalah yang tak nak. Shiza ni dua kali lima dengan Mary. Pengagum dalam diam. Asal ada peluang mereka berdua mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati mereka. Mary gelar Jamali tu Encik Smart sebab dia memang segak! Shiza pula menggelar Kedri tu Mr. Right sebab elok dan sejuk sungguh mata memandang. Amboi Shiza ni kalau bab memilih nombor satu! Asal saja mereka terlihat Jamali dan Kedri tu mulalah fikiran mereka melayang-layang, hati terasa menggebu-gebu. Pengagum dalam diam. Asal ada peluang mereka berdua mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati mereka. Ala, malu tapi mahu. Tak seorang pun tahu di sekolah tu mereka berdua ni mengagumi budak lelaki dua orang tu. Pandai sungguh mereka main peranan masing-masing. Tahannya hati mereka simpan rahsia tersembunyi tu ye. Pandai sungguh mereka main peranan masing-masing. Pandai simpan rahsia.

 

Apabila Mary, Shiza dan Jamali dah nak menamatkan alam persekolahan. Minggu terakhir sebelum cuti sekolah dan mereka bertiga akan menghadapi ujian SPM. Sekolah ada membuat jualan buku. Masa ni, semua pelajar bebas bergerak ke mana sahaja. Ada yang memang dah bercinta tu bukan main lagi bertenggek dekat koridor konon-konon dating la tu. Ala...dating anak remaja. Macamlah tak tau. Masa ni mereka mengambil peluang pergi membeli buku. Kasihan Encik Smart tak tahu perasaan sebenar Mary. Dia ingatkan Mary dan Shiza tu memang minta temankan ke koperasi sekolah. Tak tahu pula dia agenda tersembunyi Mary nak bersama dengannya. Sampai kesudah Encik Smart tu tak tahu Mary ni dah lama simpan perasaan dekat dia. Shiza pula mengambil kesempatan membeli beberapa naskah buku rujukan masa tu kemudian apabila dah nak beransur balik ke asrama dia memanggil adik kepada Kedri kemudian menyuruh adiknya yang bernama Rozie serahkan buku tu kepada Mr. Right. Shiza ni pandai main peranan. Dia siap tulis lagi kata-kata mutiara dekat buku-buku tu. Tapi bukanlah kata-kata jiwang. Sudah sahlah dia bagi kata-kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran. Shiza ni sangat menjaga standard dan dia memang sangat pemalu. Hanya mengagumi dari jauh. Hari terakhir sebelum menghadapi ujian SPM baru dia beranikan diri memberi sesuatu kepada Kedri. Nah, tengok tu. Tapi dia berpuas hati kerana dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada orang yang diagung-agungkan dalam diam. Agak-agaknya apa reaksi Kedri tu apabila terima pemberian dari adiknya tu ya? Entahlah. Terkejut kot. Mana taknya. Tak pernah berbual, tak pernah dekat, eh...bila dah habis Tingkatan 5 rupa-rupanya ada akak senior yang minat dalam diam! Kenangan zaman persekolahan memang tidak pernah membosankan. Sekarang ni semua sudah berkeluarga dan ada kerjaya masing-masing. Tetapi perangai gila-gila itulah yang menjadi kenangan manis apabila diingat kembali. 

 

 



Rabu, 24 Mei 2023

Siri Motivasi Diri : Menata Peribadi Berkelas

 

Bagaimana menata peribadi yang berkelas?

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Pada entri kali ini saya berkongsi lima fokus utama.

Pertama :- Menguasai bahasa tubuh yang elegan. 

Jika anda ingin tampil elegan, anda harus/mesti menguasai Anda ingin menjadi elegan harus menguasai bahasa tubuh yang elegan sehingga orang lain akan langsung terkesan saat mereka melihat cara Anda membawa diri. Orang yang elegan selalu merasa percaya diri, bertanggung jawab, dan tenang. 

Pastikan bahwa anda tidak berjalan terlalu cepat, mencari barang yang hilang di dalam handbag/beg dengan emosi yang tidak dikawal, atau biasa bertindak dengan cara yang membuat anda terlihat letih dan tidak yakin pada diri sendiri. Apabila anda ingin terlihat elegan, gerakan tubuh anda mesti bertenang. 

Beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan :-
Ciptakan kontak mata dengan perlahan tetapi pasti. Jangan menatap orang-orang yang sedang tidak berinteraksi dengan anda atau mengalihkan pandangan dari orang yang sedang berinteraksi dengan Anda.

Hindarilah gerakan-gerakan kecil yang tidak perlu pada tangan anda. Posisikan tangan di kedua sisi Anda atau lipatlah tangan dan letakkan di pangkuan apabila anda sedang duduk. Pertahankan pada postur yang baik dengan menjaga supaya pinggang dan leher tetap lurus serta memandang ke arah depan, bukan ke lantai. Sangat tidak elegan bila anda bersandar atau duduk secara menunduk atau membongkok.

Kedua :- Milikilah potongan rambut yang elegan. 

Faktor kedua dari menjadi elegan adalah dengan menguasai penampilan. Pastikan bahwa rambut dipotong setiap 2 minggu sekali atau lebih dan perbaruilah model rambut paling tidak setiap tahun supaya anda tetap mempunyai penampilan terkini dan trendy. Anda tidak harus mengikuti setiap trend yang anda lihat, tetapi anda harus memastikan bahwa anda terlihat segar dan bergaya, serta tidak terlihat menggunakan model rambut yang sama.

Kombinasikan. Apabila anda biasa mempunyai rambut yang sangat panjang, potonglah rambut dengan model bob pendek dan lihatlah bagaimana model rambut ini sesuai atau tidak dengan penampilan dan keperibadian anda. Sebahagian dari upaya menjadi elegan adalah mahu menerima hal baru tanpa mengikuti trend terlalu dekat.

Pertimbangkan untuk mempunyai highlight (pewarnaan beberapa helai rambut dengan warna yang lebih terang daripada warna asli) di rambut apabila anda berfikir bahawa dengan cara ini akan meningkatkan penampilan – tetapi hanya jika anda mampu mendapatkannya dengan bantuan penata rambut profesional.

Apabila anda berpikir untuk menutupi uban, pastikan bahwa anda benar-benar menginginkannya. Dengan menunjukkan sedikit uban pada rambut atau bahkan penampilan salt & pepper (rambut hitam dan putih) yang berkualii, akan dapat membuat penampilan anda lebih elegan.

Ketiga :- Wanita sebaiknya memakai perhiasan untuk menunjukkan bahawa mereka telah berusaha, tetapi tidak terlalu berlebihan sehingga akan menghilangkan kecantikan alami mereka. Anda dapat melakukannya hanya dengan sebuah sentuhan eyeshadow, celak, dan lipstik atau pelembab bibir. Tidak diperlukan penggunaan bulu mata palsu atau lapisan perona pipi.

Lelaki pula sebaiknya menjaga supaya wajah agar kelihatan kemas, tetapi juga dapat memelihara stubble asalkan terlihat kemas. 

Keempat :- Berpakaian dengan gaya. Berpakaian dengan pakaian yang berkelas adalah keharusan bila anda ingin terlihat elegan. anda harus berusaha berpakaian dengan sedikit lebih formal pada setiap kesempatan, baik bila anda sedang mengikuti ujian atau pergi ke pesta ulang tahun teman. Anda harus berusaha berpenampilan 10% lebih elegan daripada orang-orang di sekitar anda. Perbezaan kecil ini akan membuat anda menonjol sebagai orang yang lebih elegan di antara yang lain.

Pakaian juga tidak semestinya mahal, tetapi bersih. Pastikan bahawa anda menjaga pakaian supaya tetap kemas.

Pakailah pakaian yang sederhana, misalnya kemeja dan sweater dengan warna solid atau bergaris, daripada pakaian dengan pola yang rumit atau dengan gambar dan tulisan lucu.

Anda juga tidak perlu ada almari pakaian yang besar. Hanya dengan beberapa barang utama, seperti seluar jean hitam atau sebuah kemeja/t-shirt putih yang dapat terus dikenakan sebagai pakaian yang sederhana tetapi elegan.


Kelima :- Gunakan aksesori yang berkelas. 

Aksesori dapat membantu melengkapkan penampilan elegan ketika anda sudah menentukan koleksi pakaian dan penampilan secara umum. Kuncinya adalah dengan tidak menggunakannya berlebihan, misalnya dengan mengenakan banyak aksesori sekaligus. Hanya dengan sedikit aksesori kunci, cukup membantu memberikan sentuhan elegan pada busana anda. 

Beberapa aksesori yang anda boleh cuba seperti cermin mata sederhana hitam sederhana, tali pinggang dengan warna terang, jam tangan, perhiasan emas dan perak sederhana (untuk wanita).


#Tamat.

Zon Seram Sejuk : Resort



https://open.spotify.com/episode/5MZocxstCRypOIIceVdbhy?si=63465d9442724b56






Khamis, 18 Mei 2023

Zon Seram Sejuk : Kisah Mistik (Purnama)

 





https://anchor.fm/lentera-kalbu-shaz/episodes/19--Zon-Seram-Sejuk--Purnama-e249ehl/a-a9rtbuv

Puisi :- Beratnya Rindu

Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...