Aku yang kamu kenal
bukan orang yang sama
kini berada di depanmu.
Aku yang kamu kenal
bukan orang yang sama
selama sepuluh sesi lalu.
Aku yang kamu kenal
jauh daripada apa yang kamu rasa
lari daripada apa yang di depan mata.
Apabila rasa menyatu... Jari jemari mulai menari. Maka tercoretlah...Nukilan tanpa suara. Itulah yang dinamakan Lentera Kalbu Shaz. Selamat datang ke dunia imaginasi saya.
Aku yang kamu kenal
bukan orang yang sama
kini berada di depanmu.
Aku yang kamu kenal
bukan orang yang sama
selama sepuluh sesi lalu.
Aku yang kamu kenal
jauh daripada apa yang kamu rasa
lari daripada apa yang di depan mata.
Kenangan zaman remaja.
Sungguh tak dapat dilupakan. Zaman cinta monyet kata orang. Korang mesti
ada crush kan. Seriuslah tak ada? Eloklah tu.
Sekolah untuk menimba ilmu bukan nak bazir masa dengan cinta monyet. Dunia
remaja ni langsung tak ada sedihnya. Kalau boleh nak yang seronok saja. Orang
ada crush, dia pun nak ada crush walau paras rupa tak seberapa, pelajaran pun tak sepandai
mana. Antara pelajar cerdik dan tak berapa nak cerdik saja. Masalahnya nak ke
si crush tu dekat awak. Hmmm...Fikirlah sendiri.
Dunia remaja ni memang dunia gila-gila! Semua benda, semua perkara main redah
je. Hal lain belakang kira. Ish ish ishhhh. Mary dan Shiza dua sekawan, satu
kelas. Pengawas dan juga pustakawan sekolah. Sah-sahlah mereka berdua budak
pandai dan mestilah pelajar yang berdisiplin. Dek kerana nak jaga status
pengawas dan pustakawan sekolah tu, punyalah susah nak menunjukkan perangai
tergedik-gedik mereka. Alih-alih mereka ni memuja dalam diamlah. Amboi-amboi.
Bukan main korang berdua ya. Tak padan dengan jawatan yang dipegang! Paling tak
masuk akal mereka berdua ni, punya lah high class punya taste! Ni lagilah tak masuk akal. Haa...nak tau apa dan siapa crush mereka berdua ni? Nak ceritalah ni.
Si Mary ni berkenan
dengan seorang budak lelaki bernama Jamali yang satu kelas dengan mereka
berdua. Budak lelaki ni punyalah control macho kat dalam kelas. Rambutnya bertata rapi. Duduk pula di
meja depan walau kadang-kadang perangai serupa monyet. Tampil kemas, sentiasa
wangi, aktif bersukan. Kulit putih bersih, tinggi lampai, rambut berombak.
Murah senyuman dan boleh tahan juga akademiknya. Semuanya sempurnalah
dipendekkan cerita. Tapi yang tak seronoknya dia dah ada girlfriend berlainan kelas. Orangnya cantik, putih mulus, pelajar
aliran sains, pandai nyanyi bersuara merdu. Manakala Jamali pelajar aliran
sastera. Macam tak sesuai pula sains dengan sastera tu digabungkan. Bukankah
elok sastera dengan sastera ya tak? Itulah yang Mary ni fikirkan kalau tengok
cinta monyet mereka berdua tu. Shiza pula lain ceritanya. Berkenan dengan
sorang budak junior yang juga seorang Pengawas sama seperti
dia. Wah! Ini dah kira perfect
match! Bingo! Alah...muda setahun saja pun. Okey la. Kelas pula sebelah saja. Nun di seberang sana. Cuma
lain bangunan tapi aras yang sama. Amboi, bukan main lagi nak yang sama level juga si Shiza ni. Kedri namanya. Segak sungguh! Tegap
orangnya, pemain takraw sekolah, atlet, pemain bola sepak, pengawas dan
pustakawan. Semua jawatan kalau boleh cikgu nak bagi dekat dia seorang saja.
Sempurna sungguh orangnya. Kulit hitam manis, murah senyuman. Rambut ala-ala
Aaron Kwok. Hahaha, zaman tu memang penyanyi dan pelakon Hong Kong jadi
kegilaan. Handsome kot. Siapalah yang tak nak. Shiza ni dua
kali lima dengan Mary. Pengagum dalam diam. Asal ada peluang mereka berdua
mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati mereka. Mary gelar Jamali
tu Encik Smart sebab dia memang segak! Shiza pula menggelar Kedri tu Mr. Right
sebab elok dan sejuk sungguh mata memandang. Amboi Shiza ni kalau bab memilih
nombor satu! Asal saja mereka terlihat Jamali dan Kedri tu mulalah fikiran
mereka melayang-layang, hati terasa menggebu-gebu. Pengagum dalam diam. Asal
ada peluang mereka berdua mulalah membawang bersama mengagumi pujaan hati
mereka. Ala, malu tapi mahu. Tak seorang pun tahu di sekolah tu mereka berdua
ni mengagumi budak lelaki dua orang tu. Pandai sungguh mereka main peranan
masing-masing. Tahannya hati mereka simpan rahsia tersembunyi tu ye. Pandai
sungguh mereka main peranan masing-masing. Pandai simpan rahsia.
Apabila Mary, Shiza
dan Jamali dah nak menamatkan alam persekolahan. Minggu terakhir sebelum cuti
sekolah dan mereka bertiga akan menghadapi ujian SPM. Sekolah ada membuat
jualan buku. Masa ni, semua pelajar bebas bergerak ke mana sahaja. Ada yang
memang dah bercinta tu bukan main lagi bertenggek dekat koridor
konon-konon dating la tu. Ala...dating anak remaja. Macamlah tak tau. Masa ni mereka mengambil
peluang pergi membeli buku. Kasihan Encik Smart tak tahu perasaan sebenar Mary. Dia ingatkan Mary dan
Shiza tu memang minta temankan ke koperasi sekolah. Tak tahu pula dia agenda
tersembunyi Mary nak bersama dengannya. Sampai kesudah Encik Smart tu tak tahu Mary ni dah lama simpan perasaan dekat dia.
Shiza pula mengambil kesempatan membeli beberapa naskah buku rujukan masa tu
kemudian apabila dah nak beransur balik ke asrama dia memanggil adik kepada Kedri
kemudian menyuruh adiknya yang bernama Rozie serahkan buku tu kepada Mr. Right.
Shiza ni pandai main peranan. Dia siap tulis lagi kata-kata mutiara dekat
buku-buku tu. Tapi bukanlah kata-kata jiwang. Sudah sahlah dia bagi kata-kata
semangat untuk berjaya dalam pelajaran. Shiza ni sangat menjaga standard dan dia memang sangat pemalu. Hanya mengagumi dari jauh.
Hari terakhir sebelum menghadapi ujian SPM baru dia beranikan diri memberi
sesuatu kepada Kedri. Nah, tengok tu. Tapi dia berpuas hati kerana dapat
memberi sesuatu yang bermakna kepada orang yang diagung-agungkan dalam diam.
Agak-agaknya apa reaksi Kedri tu apabila terima pemberian dari adiknya tu ya?
Entahlah. Terkejut kot. Mana taknya. Tak pernah berbual, tak pernah dekat,
eh...bila dah habis Tingkatan 5 rupa-rupanya ada akak senior yang minat dalam diam! Kenangan zaman persekolahan
memang tidak pernah membosankan. Sekarang ni semua sudah berkeluarga dan ada
kerjaya masing-masing. Tetapi perangai gila-gila itulah yang menjadi kenangan
manis apabila diingat kembali.
Faktor kedua dari menjadi elegan adalah dengan menguasai penampilan. Pastikan bahwa rambut dipotong setiap 2 minggu sekali atau lebih dan perbaruilah model rambut paling tidak setiap tahun supaya anda tetap mempunyai penampilan terkini dan trendy. Anda tidak harus mengikuti setiap trend yang anda lihat, tetapi anda harus memastikan bahwa anda terlihat segar dan bergaya, serta tidak terlihat menggunakan model rambut yang sama.
Kombinasikan. Apabila anda biasa mempunyai rambut yang sangat panjang, potonglah rambut dengan model bob pendek dan lihatlah bagaimana model rambut ini sesuai atau tidak dengan penampilan dan keperibadian anda. Sebahagian dari upaya menjadi elegan adalah mahu menerima hal baru tanpa mengikuti trend terlalu dekat.
Pertimbangkan untuk mempunyai highlight (pewarnaan beberapa helai rambut dengan warna yang lebih terang daripada warna asli) di rambut apabila anda berfikir bahawa dengan cara ini akan meningkatkan penampilan – tetapi hanya jika anda mampu mendapatkannya dengan bantuan penata rambut profesional.
Apabila anda berpikir untuk menutupi uban, pastikan bahwa anda benar-benar menginginkannya. Dengan menunjukkan sedikit uban pada rambut atau bahkan penampilan salt & pepper (rambut hitam dan putih) yang berkualii, akan dapat membuat penampilan anda lebih elegan.
Ketiga :- Wanita sebaiknya memakai perhiasan untuk menunjukkan bahawa mereka telah berusaha, tetapi tidak terlalu berlebihan sehingga akan menghilangkan kecantikan alami mereka. Anda dapat melakukannya hanya dengan sebuah sentuhan eyeshadow, celak, dan lipstik atau pelembab bibir. Tidak diperlukan penggunaan bulu mata palsu atau lapisan perona pipi.
Lelaki pula sebaiknya menjaga supaya wajah agar kelihatan kemas, tetapi juga dapat memelihara stubble asalkan terlihat kemas.
Keempat :- Berpakaian dengan gaya. Berpakaian dengan pakaian yang berkelas adalah keharusan bila anda ingin terlihat elegan. anda harus berusaha berpakaian dengan sedikit lebih formal pada setiap kesempatan, baik bila anda sedang mengikuti ujian atau pergi ke pesta ulang tahun teman. Anda harus berusaha berpenampilan 10% lebih elegan daripada orang-orang di sekitar anda. Perbezaan kecil ini akan membuat anda menonjol sebagai orang yang lebih elegan di antara yang lain.
Pakaian juga tidak semestinya mahal, tetapi bersih. Pastikan bahawa anda menjaga pakaian supaya tetap kemas.
Pakailah pakaian yang sederhana, misalnya kemeja dan sweater dengan warna solid atau bergaris, daripada pakaian dengan pola yang rumit atau dengan gambar dan tulisan lucu.
Anda juga tidak perlu ada almari pakaian yang besar. Hanya dengan beberapa barang utama, seperti seluar jean hitam atau sebuah kemeja/t-shirt putih yang dapat terus dikenakan sebagai pakaian yang sederhana tetapi elegan.
Kelima :- Gunakan aksesori yang berkelas.
Aksesori dapat membantu melengkapkan penampilan elegan ketika anda sudah menentukan koleksi pakaian dan penampilan secara umum. Kuncinya adalah dengan tidak menggunakannya berlebihan, misalnya dengan mengenakan banyak aksesori sekaligus. Hanya dengan sedikit aksesori kunci, cukup membantu memberikan sentuhan elegan pada busana anda.
Beberapa aksesori yang anda boleh cuba seperti cermin mata sederhana hitam sederhana, tali pinggang dengan warna terang, jam tangan, perhiasan emas dan perak sederhana (untuk wanita).
#Tamat.
Versi lagu puisi Lirik penuh versi lagu puisi sila ke pautan seperti di bawah :- https://share-ai.singgenix.com/?token=S7tvkairNKgyHD1Nc5Bdo...