Puisi : Bungkam

Kenapa badai itu seringkali melanda? Di kala hati ini bungkam membeku Mencari erti cinta dan bahagia Saat inilah hebatnya tsunami bergelora Memecah dinding jiwa Meranap bahtera indah impian abadiku Sering kali aku diuji dan teruji Ternyata aku masih juga di sini Hanya mampu memerhati Membeku dan membisu Menepis dan menangkis Dengan penuh keredhaan Walau gelombang hebat menerpa Namun Harapanku takkan mungkin runtuh Demi menggapai satu kata Iaitu bahagia Hingga sampai waktunya Muak, cuak dan sebal Segalanya bersatu bagai batu Membungkus hatiku yang penuh bungkam Mengapa dan kenapa harus begini? Harukah aku kekal bertahan? Di sini hingga akhir nanti Kekal membatu mencatu hati Membiar diri kekal kaku sebegini