Anekdot : Mr. Right & Encik Smart

Kenangan zaman remaja. Sungguh tak dapat dilupakan. Zaman cinta monyet kata orang. Korang mesti ada crush kan. Seriuslah tak ada? Eloklah tu. Sekolah untuk menimba ilmu bukan nak bazir masa dengan cinta monyet. Dunia remaja ni langsung tak ada sedihnya. Kalau boleh nak yang seronok saja. Orang ada crush , dia pun nak ada crush walau paras rupa tak seberapa, pelajaran pun tak sepandai mana. Antara pelajar cerdik dan tak berapa nak cerdik saja. Masalahnya nak ke si crush tu dekat awak. Hmmm...Fikirlah sendiri. Dunia remaja ni memang dunia gila-gila! Semua benda, semua perkara main redah je. Hal lain belakang kira. Ish ish ishhhh. Mary dan Shiza dua sekawan, satu kelas. Pengawas dan juga pustakawan sekolah. Sah-sahlah mereka berdua budak pandai dan mestilah pelajar yang berdisiplin. Dek kerana nak jaga status pengawas dan pustakawan sekolah tu, punyalah susah nak menunjukkan perangai tergedik-gedik mereka. Alih-alih mereka ni memuja dalam di...