Catatan

Novel : Oh! My Gustavio

Imej
  Untuk pembelian e-Novel ini sila klik link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ https://fliphtml5.com/bookcase/rnvgy/ Bab 1 β€œTahniah Munirah. Awak dah berjaya melangkah ke tahap yang seterusnya. Semoga berjaya kembali ke tanah air dan membawa segulung ijazah.” β€œ Thank you so much Qal. Insya allah. Doakan saya tau. Awak pun apa kurangnya. Bukankah awak pun berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Gadjah Mada. Balik nanti saya nak tengok awak bukan saja bawa balik segulung ijazah, malah cowok Yogyakarta juga. Hehehe.” β€œEsh awak ni. Ke situ pula. Whatever ! Sama juga awak. Saya doakan bawa boyfriend original Sepanyol. Hahahaha.” β€œAmboi Qal…Amboi Munirah. Jauh sangat keinginan awak berdua ni. Hah! Qal, saya ni awak nak simpan dekat mana pula kalau awak bawa balik cowok ganteng dari Yogjakarta nanti? Awak nak jadikan saya lampin pakai buang?” Tempelak Munif Asraff seakan tidak berpuas hati setelah mendengar usikan kedua-dua sahabatnya itu tadi. Sebenarnya antara Munirah Athira dan Qaseh ...

Puisi : Hilang

Imej
  Lambaian itu  Jelas diingatan Hayunan langkah itu Masih jelas terbayang Senyuman itu Selalu bertandang Jauh Semakin jauh Hilang di balik kabus harap Berderai bagai kaca berkecai Lenyap entah di mana

Puisi : Sepi

Imej
  Bisikku pada bulan Kembalikan temanku kesayanganku Kekasihku pujaanku Tanpa dia malam menemaniku Sepi memelukku Bulan jangan biar siang Biar malam ini kelam Biar ia sepi sepertiku

Puisi : Bungkam

Imej
  Kenapa badai itu seringkali melanda? Di kala hati ini bungkam membeku Mencari erti cinta dan bahagia Saat inilah hebatnya tsunami bergelora Memecah dinding jiwa Meranap bahtera indah impian abadiku Sering kali aku diuji dan teruji Ternyata aku masih juga di sini Hanya mampu memerhati Membeku dan membisu Menepis dan menangkis Dengan penuh keredhaan Walau gelombang hebat menerpa Namun Harapanku takkan mungkin runtuh Demi menggapai satu kata Iaitu bahagia Hingga sampai waktunya Muak, cuak dan sebal Segalanya bersatu bagai batu Membungkus hatiku yang penuh bungkam Mengapa dan kenapa harus begini? Harukah aku kekal bertahan? Di sini hingga akhir nanti Kekal membatu mencatu hati Membiar diri kekal kaku sebegini

Puisi : Benci Atau Sayang

Imej
  Sukar untuk menyatakan Antara benci dan sayang Antara marah dan dendam Antara rindu yang terpendam Namun Kenyataannya tak seindah kata Mengamuk sejuta rasa Kuat untuk membuka cerita Agar terus terpatri untuk selamanya