Catatan

Novelet : Sisih (Bahagian 1-15)

Imej
BAHAGIAN PERTAMA : JATUH DAN BANGUN Coretan ini suatu ketika dulu amat sinonim dalam diriku. Ya. Pada suatu saat aku harus mengalah sedangkan pada masa yang sama aku tak mahu kalah. Akhirnya setelah kejadian itu, aku temui satu kekuatan dalam diri. Kekuatan untuk menerima dan belajar mengikhlaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Pelajaran yang kudapat dari hal   itu adalah kekuatan, redha dan pasrah. Jiwaku lahir semula dengan kekuatan yang lebih positif, lebih optimis dan lebih realistik. Aku mula menilai apa yang berlaku terhadap diriku semua itu bersebab bukan saja-saja masuk ke dalam episod hidupku. Pernah suatu saat aku menyalahkan takdir kerana sering berlaku tidak adil. Mereka bahagia, aku berduka. Mereka gembira, aku terluka. Mereka ceria dan aku sugul. Terus menerus menolak takdir ternyata itu   membuatkanku lelah, makin lemah dan hingga pada akhirnya membuatkan aku kalah. Betul. Aku kalah dek sikapku sendiri. Aku karam dek amarahku sendiri. Rupa-rupanya selama ini ...