Di sebalik retakan aksara,
aku kulaikan semantik di ambang nadi,
mencipta simpulan pada lintasan yang remang.
Mikroskop batin meraba zarah-zarah azali,
menganyam fraktal pada cermin lidah,
sementara gema waktu membiak dalam retina tersembunyi.
Apakah kau mengerti
bahawa anyaman kosakata ini bukan untuk dibaca,
tetapi untuk digugurkan perlahan ke relung yang terlipat?
Aku tidak berbicara tentang langit,
tetapi tentang gravitasi yang melekuk akar fikiran.
Aku tidak menunjuk pada bunga,
tetapi pada heliotropisme bisu dalam rahsia tanah.
Dalam seluruh spektrum yang berkedip,
apakah kau menyangka sunyi itu kosong?
Atau ia sebenarnya jasad yang menghantar tesis paling purba?
Berhentilah mengeja dengan lidah,
belajarlah mendengar dengan kekosongan.
Kerana di hujung inersia,
ada elegi yang hanya difahami oleh mereka
yang sanggup patah dalam diam
dan membina semula diri tanpa aksen dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan