Cerpen : Danau

Kisah ini bukanlah kisah yang panjang. Hanya sekadar cerita pendek serta lebih kepada berkongsi cerita tentang satu kejadian yang pernah aku alami hampir 15 tahun yang lalu. Hari dan tahun yang tepat aku sudah lupa. Maaf juga jika apa yang akan aku kongsikan ini nanti, jalan ceritanya agak tunggang langgang. Cerita yang aku tiba-tiba teringat setelah hasil dari berkongsi kisah-kisah pelik yang pernah dialami oleh aku dan teman-teman sekerja. Atau mungkin juga kerana aku sejak akhir-akhir ini agak sensitif kepada hal-hal mistik sebegini. Setelah mendengar cerita dari teman sekerja, aku teringat kisah yang nak aku kongsikan di sini. Aku tak nak kongsikan tempatnya di mana kerana aku mahu menjaga sensitiviti penduduk sekitar dan menghormati privasi mereka. Kisahnya bermula apabila dalam perjalanan di antara rumah aku ke tempat kerja melalui jalan kampung serta lalu juga di beberapa danau kecil sebelum tiba ke kawasan perladangan tempat aku bekerja ketika itu. Bukan aku y...